Categories
NASIONAL

Persamaan slogan baru dengan Israel tak mungkin kebetulan – Anwar

KUALA LUMPUR 25 OGOS: Slogan terbaru, Endless Possibilities (Apapun boleh?) yang sama dengan kempen Kementerian Pelancongan Israel bukannya kebetulan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

?Sekarang kita ada bukti cukup. Sama macam kempen 1Israel. Dia (Najib) kena jelaskan,? kata Ketua Pembangkang itu ketika ditemui pemberita di majlis hari raya PKR Lembah Pantai, hari ini.

Endless Possibilities adalah slogan yang diguna Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosi negara itu pada 22 April 2013.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka melancarkan kempen ‘1Malaysia, Endless Possibilities’ pada 17 September depan.

Memetik Keadilan Daily, Anwar berkata, penggantungannya dari Dewan Rakyat selama enam bulan pada Disember 2010 kerana mendedahkan pengaruh Israel dalam pentadbiran Malaysia membuktikan hipokrasi pentadbiran Umno BN.

?Sekarang lebih berat. Ia tak mungkin secara kebetulan. Dulu saya ada bawa (isu ini) di Parlimen, (mengapa) pilih 1Malaysia. Saya dikenakan (gantung) enam bulan kerana bangkitkan 1 Malaysia.

?Sampai sekarang dia kata kebetulan. Ternyata ada pengaruh asing termasuk apa didakwa ?pengaruh Israel?,? katanya sambil menyatakan slogan baru itu semata-mata strategi perhubungan awam.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.