Categories
NASIONAL SELANGOR

SMUE kurangkan beban keluarga Allahyarham Abu Zarin

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

SHAH ALAM 22 OGOS : Skim Mesra Usia Emas (SMUE) memberi makna besar kepada rakyat Selangor yang kehilangan ahli keluarga tersayang.

Bagi keluarga Allahyarham Abu Zarin, sumbangan RM2,500 dari Kerajaan Negeri membantu meringankan beban mereka selepas Abu Zarin, 83, meninggal dunia Selasa lepas akibat masalah jantung.

Balu, Khadijah Abd Kadi, 75, merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri semasa menerima kunjungan dari Adun Gombak Setia Hasbullah Ridzwan,semalam.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Hasbullah yang sudi menziarah. Sedikit sebanyak sumbangan mengurangkan beban kami,” katanya terharu apabila menerima sumbangan awal RM1,000 daripada wakil rakyat Pakatan Rakyat itu.

Baki selebihnya akan diberikan dalam tempoh 60 hari.

Menurut anak perempuan Khadijah, Siti Hajar, 34, ayahnya mendaftar dengan SMUE sejak setahun lalu. Hasbullah bergegas menyampaikan bantuan Kerajaan Negeri selepas kematian Abu Zarin dimaklumkan kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia.

“Kita menggalakkan penyertaan orang ramai supaya hasil kekayaan negeri dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat Selangor,” kata Hasbullah.

– HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.