Categories
SELANGOR

Azmin: “Saya retorik? biarlah itu pandangan peribadi dia”

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM 6 APRIL: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mempersoalkan tindakan individu tertentu yang mahu beliau berundur daripada jawatan nombor satu negeri itu.

“Letak jawatan bukan hal dia untuk minta saya berundur atau tidak. Bukan dia yang tentukan. Saya retorik? biarlah itu pandangan peribadi dia,” katanya kepada media di sini, hari ini.

MB AzminMenyentuh isu air, Mohamed Azmin berkata beliau memberikan fakta yang jelas dalam Sidang Dewan Negeri.

Katanya, hal itu bagi menunjukkan pendirian Kerajaan Negeri cukup tegas dalam memuktamadkan isu penstrukturan air.

“Soal air saya akan berikan fakta yang jelas petang ini, mungkin dia sudah tidak ada dalam pentadbiran jadi tertinggal beberapa maklumat, jadi saya akan berikan petang ini.

“Saya akan jelaskan perkara yang masih ada lagi pertikaian dan perlu diselesaikan segera demi kepentingan rakyat,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Hentian bas Greenwood, SPAD diminta buka ruang perbincangan

Oleh: AFEEQA AFEERA

GOMBAK, 24 FEB: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) diminta membuka ruang perbincangan bersama orang ramai berhubung arahan penutupan hentian bas Greenwood, dekat sini, yang akan berkuatkuasa mulai 8 Mac ini.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan, berkata ia berikutan hentian bas berkenaan yang sudah beroperasi sejak sekian lama cukup sinonim dengan perjalanan menghala ke Pantai Timur.

TBS_ArrivalKatanya, arahan penutupan hentian itu secara rasmi dikeluarkan SPAD dua minggu lalu dan mula mendapat bantahan daripada orang ramai.

“Berikutan keputusan SPAD untuk memindahkan hentian ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), ia menyukarkan kebanyakan pengguna kerana selama ini menggunakan hentian bas Greenwood untuk menuju ke Pantai Timur.

“Saya dimaklumkan ada dua alasan besar yang diberikan SPAD iaitu sudut keselamatan dan gangguan lalu lintas,” katanya kepada Selangor Kini.

hasbullah gombak setia 16 mei 01Hasbullah berkata, setakat ini lebih 700 tandatangan sudah dikumpulkan untuk membantah penutupan hentian bas Greenwood, sejak pagi tadi.

“Kita minta pertimbangan SPAD kerana ada pihak yang bersedia untuk menaiktaraf kawasan itu supaya lebih selamat dan tidak mengganggu lalu lintas,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: 113 asnaf terima sumbangan zakat Badan Kebajikan Islam Telekom

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 JULAI: Seramai 113 asnaf dan anak yatim menerima sumbangan zakat daripada Badan Kebajikan Islam Telekom (BAKIT) dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung Changkat, di Dewan Orang Ramai Kampung Changkat, Gombak, semalam.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan.

DSC_0126Program sumbangan yang diadakan sejak lima tahun lalu adalah tanggungjawab sosial korporat BAKIT setiap tiba bulan Ramadan yang bertujuan meringankan beban golongan terbabit.

Hasbullah berkata, sumbangan berbentuk pelbagai barangan keperluan asas dan wang tunai itu diharap dapat meringankan beban penerima sempena Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Golongan kurang berkemampuan yang menerima sumbangan terdiri daripada pelbagai asnaf di sekitar kawasan Kampung Changkat yang sangat memerlukan bantuan khususnya daripada badan korporat.

“Saya juga berharap penerima sumbangan supaya sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan,” katanya.

Sementara itu, Yang di Pertua BAKIT, Hussan Unir, berkata duit zakat yang diperoleh adalah daripada keuntungan pengguna perkhidmatan Telekom.

DSC_0063“Bagi kelangsungan keuntungan, saya berharap kepada semua supaya terus menggunakan perkhidmatan yang disediakan,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, Penghulu Mukim Setapak, Mohd Fazli Abd Latif; Ketua Kampung Changkat, Zainal Abidin; Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia, Ramli Talib dan Nazir Masjid As-Syakirin, Dr Saupi Man.

-NFN-

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: 80 golongan muda sertai konvoi ARC Gombak

Oleh: AFIX REDZUAN

GOMBAK, 5 MEI: Alternative Riding Club (ARC) Gombak mengajurkan Konvoi ARC Gombak ke Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu yang disertai lebih 80 anak muda dalam usaha mearik golongan berkenaan.

Acara konvoi itu anjuran Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (DACS) di bawah seliaan Dewan Pemuda PAS dan aktiviti pelepasan dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan, di tapak Pasar Malam Greenwood, di sini, hari ini.

DSC_0028Hasbullah berkata, golongan muda pada masa kini lebih suka program yang berbentuk santai, namun penuh dengan keseronokan dan tidak melanggar syarak.

Kebanyakan peserta yang hadir adalah golongan muda yang baru pertama kali hadir dan ada juga peserta yang sentiasa mengikuti program ARC Gombak dengan membawa motor besar masing-masing tanda keterujaan mengikuti konvoi bermotosikal.

Perjalanan dari Gombak ke Sungai Chiling memakan masa lebih satu jam dengan diiringi sebuah Hilux bagi mengawal keselamatan..

DSC_0234Ketua ARC Gombak, Iqman Ibrahim, berkata program terbabit dapat mengikat ukhwah persaudaraan antara peserta dan diselitkan juga dengan solat Dhuha di check point yang ditetapkan sebagai pengisian rohani kepada peserta.

Selain itu, pesertadibawa ke Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu bagi melihat sendiri air empangan yang sangat surut sehingga menampakkan pasir di dasar empangan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB : Ziarah mahabbah, MES rancak di DUN Gombak Setia

Oleh : AFEEQA AFEERA

GOMBAK 10 JAN : Program ziarah mahabbah termasuk penyerahan bantuan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) rancak dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia dengan anggaran lebih 200 orang sudah menerima manfaatnya, sejak Jun lalu.

Pegawai Media Pusat Khidmat DUN Gombak Setia, Mohd Ridhuan Che Husin, berkata program kebajikan itu dilaksanakan pada setiap hari Jumaat, yang mana ADUNnya, Hasbullah Ridzwan akan turun padang bertemu penduduk setempat.

Katanya, peserta yang layak menerima agihan bantuan berkenaan adalah berdasarkan senarai nama yang berdaftar di bawah program MES dan cadangan daripada ketua kampung.

578653_577048229046448_1124907428_n“Program ini memang kita adakan setiap minggu bermula daripada awal pagi sehingga tengah hari iaitu ADUN sendiri akan menyerahkan bantuan kepada individu yang layak.

“Bantuan ini tidak terhad kepada peserta MES sahaja, tetapi turut diserahkan kepada pihak yang memerlukan seperti golongan kurang upaya, mangsa kebakaran dan ibu tunggal,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Terdahulu, Hasbullah bersama kakitangan Pusat Khidmat DUN Gombak Setia meyerahkan bantuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) berjumlah RM1000 kepada lebih lima waris peserta yang berdaftar di bawah program itu.

Selain penyerahan MES, beliau turut meluangkan masa menziarahi golongan kurang upaya untuk menyerahkan bantuan peribadi.

OLYMPUS DIGITAL CAMERASMUE adalah salah satu daripada agenda MES (Fasa 1) yang dilaksanakan kerajaan Selangor sejak mula memerintah negeri itu, pada Mac 2008.

SMUE bertujuan meringankan beban waris dalam menyelesaikan urusan berkenaan si mati seperti pembayaran kos pengurusan jenazah dan pengkebumian bagi menyelesaikan hutang si mati atau urusan lain.

-NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

SMUE kurangkan beban keluarga Allahyarham Abu Zarin

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

SHAH ALAM 22 OGOS : Skim Mesra Usia Emas (SMUE) memberi makna besar kepada rakyat Selangor yang kehilangan ahli keluarga tersayang.

Bagi keluarga Allahyarham Abu Zarin, sumbangan RM2,500 dari Kerajaan Negeri membantu meringankan beban mereka selepas Abu Zarin, 83, meninggal dunia Selasa lepas akibat masalah jantung.

Balu, Khadijah Abd Kadi, 75, merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri semasa menerima kunjungan dari Adun Gombak Setia Hasbullah Ridzwan,semalam.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Hasbullah yang sudi menziarah. Sedikit sebanyak sumbangan mengurangkan beban kami,” katanya terharu apabila menerima sumbangan awal RM1,000 daripada wakil rakyat Pakatan Rakyat itu.

Baki selebihnya akan diberikan dalam tempoh 60 hari.

Menurut anak perempuan Khadijah, Siti Hajar, 34, ayahnya mendaftar dengan SMUE sejak setahun lalu. Hasbullah bergegas menyampaikan bantuan Kerajaan Negeri selepas kematian Abu Zarin dimaklumkan kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia.

“Kita menggalakkan penyertaan orang ramai supaya hasil kekayaan negeri dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat Selangor,” kata Hasbullah.

– HM