Categories
NASIONAL SELANGOR

YDP: Sinergi bantu pertingkatkan kepakaran MPSJ

memo

SUBANG JAYA, 23 OGOS : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan tiga rakan sinergi bagi meningkatkan kemampuan majlis itu dalam pengurusan sampah, program hebahan khidmat awam serta program tanggungjawab sosial korporat.

Yang Dipertua(YDP) Datuk Asmawi Kasbi berkata perkongsian pintar kerajaan tempatan dan swasta ini akan memberi impak bermakna kepada MPSJ dan masyarakat.

“Ini bukan satu proses yang mudah, usaha ini melibatkan masa hampir 12 tahun,” katanya di majlis menandatangani MOU di Kompleks 3C, Bandar Sunway Subang Jaya.memo 1

Tiga rakan sinergi itu ialah Alumni Look East Policy Society (ALEPS), Online Dynamics Sdn Bhd dan Mamee-Double Decker Sdn Bhd.

“Atas usaha ALEPS, MPSJ dan Bandar Hioki (Wilayah Kagoshima) di Jepun mengikat kerjasama untuk pembelajaran dan perkongsian ilmu pengurusan sampah,” kata Asmawi yang kelihatan amat sukacita dengan hubungan dua hala itu.

Perjanjian bersama Online Dynamics menjurus kepada pembangunan program hebahan khidmat awam seperti kempen-kempen kesedaran, manakala Mamee-Double Decker membantu perlaksaan program CSR untuk peniaga-peniaga dalam wilayah MPSJ.

-HM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.