Categories
NASIONAL

Belanjawan Pakatan: Sasar 4 teras utama

Belanjawan-Pakatan-Rakyat-2014KUALA LUMPUR 24 OKT : Pakatan Rakyat (PR) secara rasminya mengumumkan Belanjawan 2014 bertemakan “Mempertahankan Kepentingan Rakyat Dalam Mengharungi Gelombang” dengan menekankan empat teras utama, di Parlimen, hari ini.

Empat teras utama itu adalah konsolidasi kedudukan fiskal dan menambah kewangan awam, meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat, selain usaha memastikan pembangunan ekonomi seimbang, inklusif dan mampan serta merealisasikan potensi sebenar Malaysia juga meningkatkan daya saing jangka panjang.

Pembentangan belanjawan itu disempurnakan tiga pimpinan PR iaitu Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan Anthony Loke (DAP-Seremban), kira-kira jam 11.30 pagi.

Izzah berkata, PR mengulangi keyakinan untuk mengurangkan 10 peratus perbelanjaan pengurusan tanpa penyertaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), selain turut mensasarkan penjimatan RM30 bilion setahun melalui langkah penjimatan serta pengurusan berhemah.

“GST disifatkan sebagai satu jalan penyelesaian masalah fisikal yang malas oleh Barisan Nasional (BN). Jika kerajaan mengumumkan GST dalam kadar empat peratus, kita yakin hasil yang diperoleh kerajaan tidak mencukupi.

“Jika kita berjaya mengutip RM10 billion dengan hanya melalui penjimatan dan membenteras rasuah, maka persoalan GST tidak akan timbul,” katanya.

Belanjawan itu turut memberi penekanan kepada Penjimatan Ringgit (PR) dan bukan kenaikan harga dan antara perkara lain yang diumumkan adalah pengurangan kos sara hidup dengan mengawal harga bahan makanan, rumah, pendidikan, penjagaan kesihatan dan utiliti. Ikan di kawasan pedalaman serta menyegerakan pembinaan dan penaiktarafan jalan raya terutamanya Lebuhraya Pan-Borneo.

PR juga komited untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan wanita dalam pembangunan ekonomi seperti penubuhan Dana Sumbangan Wanita Malaysia, selain kenaikan elaun sara hidup kepada Golongan Kurang Upaya (OKU).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.