Categories
NASIONAL

Kos RM320,000 bina Facebook, Twitter akibat amalan kronisme?

Facebook

KUALA LUMPUR 2 OKT: Pembaziran terhadap pembiayaan laman sosial Facebook dan Twitter oleh Kementerian Kesihatan sebagai antara siri ketirisan kerajaan BN.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, kerajaan gagal mengambil langkah konkrit demi prinsip pemerintahan yang baik.

“Kita lperlu diselidik siapa yang terlibat, siapa yang memberi kepada siapa. Mungkin ada unsur kronisme. Jadi memang pembaziran berlaku di semua peringkat kementerian,” katanya kepada TV Selangor.

Laporan Ketua Audit Negara semalam mempersoal bayaran RM320,000 oleh Kementerian Kesihatan kepada dua syarikat untuk kempen menerusi Facebook dan Twitter sewaktu ia diterajui Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Bayaran RM199,068 diberi kepada Eficaz Media Sdn Bhd untuk laman Facebook kempen ‘Tak Nak Merokok’.

Laman Facebook kedua dan akaun Twitter yang dibangunkan Astonish View Sdn Bhd untuk ‘Kempen intervensi penyakit tidak berjangkit’ pula menelan belanja RM120,500.

Leave a Reply

Your email address will not be published.