Categories
NASIONAL

Pengarah JASA wajar dikenakan tindakan tegas

Ong Kian Ming 01KUALA LUMPUR 25 OKT : DAP menggesa tindakan disiplin dikenakan terhadap Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Fuad Hassan kerana terbabit dalam politik secara terbuka.

Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming, berkata Fuad menggunakan akaun twitter @fuhas_tweet dengan ketara menyerang parti dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Kian Ming berkata, antara status yang dipaparkan adalah ‘#Bersih3 ? Lagi usaha DSAI untuk jadikan Dtrn Mdeka as Dtrn Tahrir Mesir. Yang menari ikut rentak DSAI akan tewas dlm prg saraf ini’ yang dimuat naik, pada 27 April lalu.

“Selain itu, antara tulisan Fuad di akaun Twitternya adalah ‘LGE arah sesiapa yangg mahu guna perkataan ?Penang? dalam program perlu dapat kelulusan kerajaan negeri. Permulaan kearah dictator @klposdotcom’, ‘Harakah: YB Nizar terlalu yakin PR dapat tawan Perak tapi kalau kalah ia kerana pengundi hantu. @fuhas_tweet: ini politik bangang!!’.

“Fuad juga dalam akaun sama turut menulis ‘Banning #TandaPutera : Arrogant and stupid move by Racist Chinese #Dap @teresakok’, pada
29 Ogos lalu,” katanya pada sidang media, di lobi Parlimen, semalam.

Kian Ming berkata, pada masa yang sama Fuad juga dalam akaun twitternya menyokong dan berkempen untuk Barisan Nasional (BN) dan Umno dari segi politik dan bukan membabitkan polisi atau dasar.

Katanya, beberapa contoh adalah ‘Insya Allah?@wirakenyalang: RT @fuhas_tweet: Selamat pagi Dato?. Selamat berpuasa dan memastikan BN menang di DUN Kuala Besut #kbesutkini?, pada 21 Julai lalu.

?Pada keseluruhannya, Fuad sudah tweet sebanyak 372 kali untuk menyerang PR dan 18 kali untuk menyokong BN dari tahun 2011 hingga 24 Oktober lalu.

“Fuad wajar dikenakan tindakan disiplin kerana mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dilarang mengambil bahagian dalam politik.

“Semua bukti Fuad sudah melanggar tatatertib Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan diserahkan dalam masa terdekat dan saya berharap siasatan penuh dilakukan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil,” katanya. -NFN-

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.