Categories
NASIONAL SELANGOR

Usahawan Bumiputera berjaya kerana displin dan persaingan

Usahawan Bumiputera berjaya kerana displin dan persaingan 6

GOMBAK, 13 OKTOBER: Berbekalkan keyakinan dan tuntutan Fardu Kifayah, Hidayah Bakery ditubuhkan oleh seorang usahawan Bumiputera, Timah Mat Noh pada Jun 1998.

Usahawan Bumiputera berjaya kerana displin dan persaingan 4

Memulakan perniagaan secara sambilan, Timah mengambil keputusan berhenti kerja sebagai ketua jururawat di sebuah hospital kerajaan selepas berkhidmat selama 25 tahun apabila melihat potensi perniagaan yang semakin mendapat sambutan.

Selepas mengharungi jerit perih perniagaan selama 15 tahun, usahawan gigih ini boleh tersenyum gembira dengan pencapaian hari ini sehingga mampu memiliki empat lot kedai bakeri bertempat di Apartment Harmoni, Kampung Tengah Gombak.

Bermula dengan pembuatan kek secara runcit, perniagaan Hidayah Bakery kini mempunyai 16 orang pekerja telah berkembang menjurus kepada kerepek, peralatan membuat kek dan makanan sejuk beku.

Usahawan Bumiputera berjaya kerana displin dan persaingan 8

Menurutnya, pengalaman mempelajari pembuatan kek daripada pelbagai pihak membuatkan beliau membuka kedai dengan konsep makanan halal sekaligus memudahkan masyarakat beragama Islam.

“Hidayah Bakery bermula pada Jun 1998 bermula di rumah, ketua juru rawat bermodalkan RM50,000 bermula dengan satu kedai kek sahaja.

“Tahun 2003 berkembang kepada dua lot kedai, tahun 2006 tiga lot kedai dan Alhamdulillah pada 2013 berpindah milik sendiri tanpa hutang

“Selepas menunaikan ibadah Haji, saya mendapat hidayah untuk membuka perniagaan ini dengan konsep yang halal dan tidak meragukan,” Katanya ketika ditemui Selangor Kini.

Usahawan Bumiputera berjaya kerana displin dan persaingan 1

Tegas Timah, amalan disiplin yang dipelajari ketika menjadi kakitangan awam digunakan sehingga kini sebagai kunci kejayaan perniagaan.

“Pengalaman semasa 15 tahun bukan mudah. Saya memulakan kerja pada jam 6.30 sehingga 10 malam dgn bantuan seorang pembantu.

“Semua kerja saya buat bermula di dapur, membersihkan kedai, pemasaran sehingga urusan akaun.

“Sekarang sudah ada 16 orang pekerja. Daripada runcit kepada kontrak sekolah, hotel sehingga ada sekarang kita ada pusat latihan sendiri,” katanya.

Beliau turut menyarankan kepada mereka yang menceburi bidang perniagaan Industri Kecil Sederhana (IKS) agar meneruskan perniagaan seperti biasa meskipun sudah bergelar tauke mahupun jutawan.

“Pesanan saya kepada IKS, tidak ada kejayaan perniagaan yang diperoleh dengan mudah.

Usahawan Bumiputera berjaya kerana displin dan persaingan 7

“Kunci utama adalah ikhlas dan jujur serta sanggup bekerja keras.

“Walau sudah berjaya, kita masih perlu bekerja sampai sekarang dan jangan lepaskan. Jangan sekali-kali berkongsi, dan amalkan perbelanjaan berhemah serta berjimat cermat,” ujarnya lagi.

Sebelum itu, program Lawatan Sambil Belajar Kumpulan Wanita Kampung Kerdas dan Daerah Gombak yang dihadri hampir 40 orang peserta telah dirasmikan oleh Shamsidar Taharin, isteri kepada Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.

Turut dipersembahkan adalah demonstrasi menghias kek kepada pengunjung yang ditunjukkan oleh petugas Hidayah Bakery, dan peluang membeli belah dengan pemberian kupon bernilai RM30.

Usahawan Bumiputera berjaya kerana displin dan persaingan 9

Leave a Reply

Your email address will not be published.