Categories
NASIONAL

Abdul Hadi : Waspada usaha Umno gugat perpaduan PAS

SHAH ALAM 24 NOV: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta anggota parti itu berwaspada dengan usaha Umno untuk menggugat perpaduan mereka seperti menimbulkan dakwaan perbezaan akidah di kalangan pemimpin PAS.

Beliau mendakwa, tuduhan itu ditimbulkan Umno tetapi di kalangan ahli PAS hanya berbeza daripada segi latar belakang dan pendidikan serta tidak membabitkan akidah.

Haji Abdul Hadi Awang“Syariah Islam tidak ada khilaf (silap) di kalangan ahli PAS kerana semua bersatu atas satu pentas.

“Dalam PAS tidak ada Islam Liberal, Islam Ortodok atau Islam Protestan. Jangan dengar pandangan orang luar kerana yang melihat agama ini adalah ulamak,” katanya yang dipetik dalam Malaysiakini pada ucapan penggulungannya di Muktamar PAS ke-59 di sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata, kepelbagaian dalam latar belakang ahlinya juga boleh dilihat sebagai kekuatan dan petanda bahawa PAS mempunyai pelbagai kelebihan serta lebih menyeluruh untuk ditawarkan kepada masyarakat.

“Kita boleh bentuk kepimpinan kolektif secara jemaah kerana mempunyai pelbagai kepakaran. Perjuangan dan penyatuan PAS boleh diumpamakan sebagai sekumpulan kelasi bersama meredah gelombang dalam satu bahtera.

muktamar aSetiap anak kapal berperanan bagi membolehkan bahtera itu berlayar dengan selamat. Adakala saya bimbang orang kita mabuk dengan gelombang dan jangan sampai terjun bahtera, namun ada yang terjun tetapi tidak selamat walaupun dia ulamak,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada beberapa pemimpin PAS yang keluar daripada parti itu sebelum ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.