Categories
NASIONAL

Hadi: Individu tewas perlu berperanan dalam PAS

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 6 JUN: PAS memanfaatkan sumbangan dan tenaga setiap calon yang tewas dalam pemilihan kali ini dengan memberi mereka peranan dalam jawatankuasa tertentu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini berikutan setiap individu terbabit mempunyai kelebihan masing-masing yang berguna untuk parti Islam itu.

Hadi“Dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sahaja kita boleh melantik enam orang tidak termasuk ahli jawatankuasa lain lagi,” kata Abdul Hadi dalam sidang media di hari terakhir Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.

Sebelum itu ketika menyampaikan ucapan penangguhan, Abdul Hadi memberitahu PAS sudah melalui pelbagai pengalaman pahit dan manis perjuangan sejak parti itu ditubuhkan.

Namun katanya, PAS tetap berjaya mengharungi setiap cabaran dengan menganggapnya sebagai sebahagian daripada perjuangan perlu ditempuhi PAS.

Hasil pengalaman panjang dilalui PAS, parti berusia 61 tahun menjadi semakin matang dan dewasa bagi mengharungi cabaran mendatang.

EZY

Categories
NASIONAL

Hadi: Umno tiada hak tentukan hala tuju PAS

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 6 JUN: Tiada mana-mana pihak yang berhak menentukan hala tuju PAS tetapi sebaliknya ditentukan saf kepimpinan parti itu sendiri, jawab Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menjawab satu soalan provokasi.

“Umno tidak berhak menentukan hala tuju parti kita. PAS adalah sebuah parti bebas yang tidak boleh ditentukan mana-mana pihak luar,” kata Abdul Hadi di sidang media pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.

HadiKetika mengulas kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), Abdul Hadi sekali lagi menegaskan bahawa parti itu kekal konsisten tidak melanggar displin sebagai sebuah parti di dalam konsensus PR.

Sementara itu, ketika mengulas perjalan muktamar kali ini, Abdul Hadi menyifatkan sebagai berjalan lancar dan tenang walaupun tidak dapat mengelakkan beberapa isu hangat.

EZY

Categories
NASIONAL

Berikan ruang bukan terus diserang

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA SELANGOR, 6 JUN: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berharap pemimpin yang ‘meninggalkan rumah’ tidak terus diserang dan ditekan.

Katanya, sewajarnya barisan pemimpin yang tewas dalam pemilihan Khamis lalu disambut dengan cara baik dan bukannya terus difitnah.

Mat Sabu“Saya ini ingin keluar rumah kerana terpaksa beri ruang kepada orang baru untuk isi rumah tersebut.

“Selalunya apabila kita mahu keluar rumah, sediakanlah sedikit bekalan untuk kami berpindah dengan baik. Bukannya disimbah asid.

“Melawat Iraq, kita temui kaum Kurdish yang mana adat tuan rumahnya meminta tetamu yang ingin pulang melalui bawah al-Quran yang diangkatnya sebagai tanda menghormati selain berharap tetamu itu teringat ziarahnya kembali,” katanya memberi contoh perlu diteladani.

Beliau berkata demikian ucapan terakhirnya di Muktamar PAS di Kuala Selangor selepas gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden.

Pemilihan sesi 2015/2017 menyaksikan Tuan Ibrahim Tuan Man diisytiharkan sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru selepas menewaskan penyandangnya Mohamad Sabu dengan majoriti 602 undi.

Tuan Ibrahim memperolehi 881 undi berbanding Mohamad yang memperolehi 279 undi.

Sementara itu, Bekas Naib Presiden Salahuddin Ayub pula menganggap kegagalannya mempertahankan jawatan tersebut membuka ruang untuknya memuhasabah diri untuk lebih bersedia menyumbang yang terbaik kepada parti.

“Kekalahan saya pada sesi ini saya sambut dengan hati terbuka.

Salahuddin Ayub“Kekalahan ini memberi peluang untuk saya memuhasabah diri. Mungkin ia berpunca dari pendekatan politik saya yang dianggap tidak lagi sesuai,” katanya.

Sambil berseloroh, Salahuddin berkata pemimpin yang kalah pemilihan serba tidak kena di hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ini.

“Saya ditegur pakai seluar hitam dengan baju melayu (jingga), Mahfuz pula, lupa pakai sampin, Mat Sabu pakai kot dengan kopiah.

“Macam-macam gelagat orang kalah ini,” katanya mencuit hati pewakilan dan pemerhati.

EZY

Categories
NASIONAL

Tuan Ibrahim mahu sujud syukur, sembelih kambing kalau kalah Timb Presiden

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 6 JUN: Timbalan Presiden PAS yang baru, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak berhasrat mencabar Mohamad Sabu bagi merebut kerusi dimenanginya itu.

Bagaimanapun, beliau menerima pencalonan kerusi nombor dua parti Islam itu apabila teringat pesanan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menegah beliau menarik diri sekiranya dicalonkan tidak kira apa jawatan.

Jelas beliau, ini kerana Nik Aziz memberitahu, tindakan menarik diri mengecewakan ahli akar umbi yang meletakkan harapan terhadap beliau.

Tuan Ibrahim“Ketika saya melihat pencalonan, saya sebenarnya cukup mengelak untuk bertanding melawan Abang Mat Sabu dan saya bernazar kalau saya kalah saya akan sujud syukur dan sembelih seekor kambing,” kata Tuan Ibrahim.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan di hari terakhir Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.

Bagaimanapun, jelas Tuan Ibrahim, beliau sedia memikul amanah terhadap mandat dan kepercayaan yang diletakkan oleh para perwakilan kepada beliau.

“Apabila saya lihat jumlah undi yang saya terima saya tidak boleh tidur kerana betapa besarnya harapan yang diletakkan di atas bahu saya,” kata Tuan Ibrahim lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

DHPP: Pelihara PAS dari label-melabel & fitnah

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA SELANGOR, 6 JUN: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menegur kepimpinan PAS agar menjaga kesucian parti itu dari budaya fitnah dan label-melabel dalam kalangan ahlinya.

Timbalan Pengerusi DHPP, N Balasubramaniam berkata tindakan segera wajar diambil sebelum ia merosakan perpaduan sekaligus memecah belahkan parti.

Muktamar“DHPP pada dasarnya datang kepada PAS mengharapkan suasana lebih harmoni dengan pemerintahan Islam yang sudah tentu mengajar sesuatu lebih baik.

“Hari ini, kami terkejut dengan budaya fitnah-memfitnah dan label-melabel yang merebak dalam PAS. Ia sudah dilarang dalam al-Quran, mengapa masih ada yang membudayakannya.

“Untuk mendapat kemenangan, PAS sewajarnya bersiap siaga dalam segenap sudut untuk tampil lebih gagah dari lawannya Umno-BN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi pengulungan Muktamar Tahunan PAS ke-61 di sini hari ini.

Subramaniam menambah, DHPP menaruh harapan tinggi kepada pemerintahan Islam dibawa PAS untuk membawa perubahan dalam kehidupan lebih sejahtera.

“Janganlah harapan kami ini hancur apabila PAS dipenuhi amalan fitnah-memfitnah ini. Maka buktikan masalah berlaku ini diselesaikan secara Islam.

“DHPP  terus menjadi tulang belakang  perjuangan PAS. Kami mengharapkan PAS dibawah pimpinan Ulama dalam memberi keadilan dan keselesaan kepada rakyat setelah kami tidak yakin dengan Islam dibawa Umno,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Kisah Hanipa dicabar jadi peguam panjat pagar asrama mencuit hati

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 6 JUN: Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS, Hanipa Maidin pernah dicabar guru sekolah beliau supaya menjadi peguam apabila beliau dengan beraninya mempertikaikan tindakan dikenakan terhadapnnya atas kesalahan memanjat pagar sekolah.

“Semasa saya bersekolah saya pernah ditangkap kerana memanjat pagar asrama semasa nak ke ceramah PAS.

Hanipa“Bila cikgu nak ambil tindakan ke atas saya, saya jawab kenapa saya dikenakan tindakan sebab saya pergi ke ceramah PAS sedangkan yang panjat pagar untuk ke konsert tak pula kena tindakan.

“Cikgu saya kata lagi, saya ini pandai menjawab dan dia cabar saya supaya menjadi peguam,” katanya.

Hanipa mengimbas kenangan zaman persekolahan beliau ketika menggulung perbahasan di hari terakhir Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.

Jelas beliau, cabaran gurunya itu akhirnya menjadi pembakar semangat kepada beliau untuk mengejar cita-cita bergelar seorang peguam.

EZY

Categories
NASIONAL

Nik Abduh: “Saya malu-malu harimau, kalau mencakar boleh berdarah”

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 6 JUN: Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru, Nik Abduh Nik Aziz mengakui beliau sebenarnya merupakan seorang yang agak pemalu dan kurang gemar bercakap banyak.

Bagaimanapun kata Nik Abduh, pemalu beliau sama seperti pemalu seekor harimau dan bukannya malu-malu kucing.

nik abduh pas 1“Pemalu saya ini ‘shy-shy’ (malu-malu) harimau, bukanlah malu-malu kucing. Kalau cakaran muslimat tidak berdarah tetapi kalau dicakar saya akan menyebabkan berdarah,” kata Nik Abduh.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan di hari terakhir Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.

Ketika mengimbau kembali kenangan bersama ayah beliau yang juga Mursyidul-Am PAS, Allahyarham Nik Aziz Nik Mat, beliau berkata menerima pujian seorang ayah merupakan saat paling indah dalam hidup beliau.

“Dia sebagai ayah, sebagai tuan guru memang susah nak puji anak sendiri tetapi sekali dia puji rasa sangat gembira,” kata Nik Abduh lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

Demi perjuangan: Hanipa menangis, Nik Abduh bagi tisu

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 6 JUN: Semangat setia kawan yang ditunjukkan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Hanipa Maidin terhadap rakan seperjuangan menarik perhatian perwakilan pada hari terakhir Muktamar PAS hari ini.

Semangat ini dapat dilihat apabila Hanipa tidak dapat meneruskan ucapan penggulungannya selepas gagal mengawal perasaan sedih tatkala terkenang rakan seperjuangan yang sudah tiada.

11412152_1116295325053877_8597057859316759073_nTanpa berselindung, Hanipa yang terkenangkan Allahyarham Syed Muhammad yang membantu beliau selepas berakhir kempen Pilihan Raya Umum ke-11 pada 2004 menangis tersedu-sedu.

“Memang perkara biasa peguam dalam PAS seperti kami akan terus bertugas walaupun pilihan raya dah tamat.

“Selepas Pilihan Raya kami terus bertugas. Pengalaman paling manis sekali pada 2004. Pada masa itu hampir dua minggu kami berkurung di sebuah bilik di Taman Melewar. Pada masa itu yang betul-betul bantu kami adalah Almarhum Syed Muhammad. Beliaulah menghantar kami kopi malam-malam,” kata Hanipa.

Beliau yang berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor selepas itu terus tidak dapat meneruskan ucapan disebabkan terlalu sedih.

Melihatkan keadaan itu, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz datang ke arah Hanipa dan memberikan tisu kepada beliau sambil diiringi laungan takbir oleh perwakilan.

EZY

Categories
NASIONAL

Perwakilan: “Air Sg Klang tiada siapa berani minum”

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA SELANGAOR, 6 JUN: PAS sewajarnya menjuarai isu alam sekitar dan kelangsungannya demi sebuah kehidupan yang lebih sejahtera selaras dengan tuntutan agama.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkifli Omar berkata adalah memalukan sekiranya isu alam sekitar dan kesedarannya dibawa dan diperjuangkan pemimpin bukan Islam.

10986454_736559096467584_3065620398536449656_n“Negara maju ditadbir bukan Islam, bersih sehingga air sungainya boleh diminum. Malaysia negara Islam, tetapi air sungai Klang tiada siapa yang berani minum,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi pengulungan Muktamar Tahunan PAS ke-61 di sini hari ini.

Justeru, pihaknya menuntut anjakan paradigma dalam kalangan semua pemimpin parti Islam itu bangkit menjuarai isu berkenaan dalam membentuk masyarakat dan negara cintakan alam sekitar.

“Ahli Parlimen dan Adun sewajarnya lebih peka berhubung isu ini kerana kita pemimpin Islam yang sememangnya dituntut agama untuk memelihara dan menjaga alam sekitar,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Perwakilan Dewan Pemuda saran MP PAS dalami al-Quran

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 6 JUN: Ahli Parlimen PAS disaran mendalami ilmu al-Quran dan hadis bukan sahaja melalui bacaan sahaja tetapi harus disertai dengan kefahamannya sekali.

Perwakilan daripada Dewan Pemuda PAS Pusat berkata, ini berikutan pemahaman al-Quran dan hadis mampu meletakkan seseorang itu kekal beristiqamah di jalan benar.

muktamar pas“Saya minta Ahli Parlimen kita belajarlah al-Quran dan hadis. Kalau tak dapat sikit, belajar banyak,” kata beliau semasa membahaskan usul mengutuk hukuman bunuh ke atas Dr Muhamad Morsi dan Prof Dr Yusuf Al Qaradhawi.

Sementara itu usul antarabangsa yang dibawa Dewan Muslimat PAS Pusat itu diluluskan dan dibawa Ahli Parlimen PAS dalam persidangan parlimen akan datang.

EZY

Categories
NASIONAL

Perwakilan: Kami bukan budak sekolah mudah dipengaruhi ‘chai’

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 6 JUN: Perwakilan menganggap dakwaan sesetengah pihak kononnya keputusan pemilihan kali ini dipengaruhi ‘chai’ sebagai menghina kemampuan perwakilan membuat keputusan.

Ini berikutan beberapa perwakilan ditemui Selangor Kini memberitahu undian dibuat berdasarkan kredibiliti calon dan tidak ditentukan ‘chai’ terbabit.

“Perwakilan bukan budak sekolah yang tidak boleh buat keputusan. Kami boleh berfikir sendiri untuk menilai siapa layak untuk kami pilih bukan berdasarkan senarai diedarkan.

muktamar pas“Dakwaan mengatakan perwakilan memilih calon mengikut senarai sama seperti memperkecilkan perwakilan dipilih kawasan,” kata Perwakilan Jasin, Melaka, Mat Nor Modeng.

Perwakilan Tambun, Perak, Lukmal Hakim Abdul Kasim pula menegaskan beliau memilih berdasarkan keputusan dibuat di peringkat kawasan.

“Sebelum saya datang, PAS kawasan saya dan memutuskan siapa perlu saya undi. Maka hari ini undi saya juga membawa suara ahli akar umbi.

“Kalau ada persamaan dengan senarai yang disebut-sebut itu hanya kebetulan serta memang itu yang terbaik dimahukan ahli kawasan kami,” kata Lukmal.

Sementara itu Perwakilan Miri, Sabah, Mukhtar Suhaili pula berkata perwakilan PAS cukup matang untuk menentukan siapa perlu mereka pilih tanpa dipengaruhi unsur lain.

“Tak dinafikan mungkin ‘chai’ itu memang wujud tetapi apa yang penting, perwakilan cukup matang menentukan mereka nak pilih. Nama yang naik ini juga paling banyak dicalonkan di kawasan.

“Pada saya tak timbul isu kononnya calon yang menang sebab ‘chai’ semata-mata,” kata Mukhtar yang juga merupakan Exco Pemuda Pusat.

EZY

Categories
NASIONAL

Kerajaan Persekutuan perlu pertingkat usaha perangi pemerdagangan manusia

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA SELANGOR, 6 JUN: Muktamar PAS Tahunan yang bersidang hari ini meluluskan usul isu Pemerdagangan Manusia dan Lambakan Pendatang Asing.

Usul dibawa PAS kawasan Kota Raja itu menuntut Kerajaan Persekutuan mempergiat usaha mencegah dan memerangi pemerdangangan manusia dan penyeludupan migran selain memastikan perlindungan dan bantuan sepenuhnya kepada mangsa aktiviti itu.

muktamar pasPewakilan Kota Raja, Jaafar Shamsudin menuntut Kerajaan Persekutuan bertindak selaras dengan standard antarabangsa ditetapkan Protokol Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mencegah, menyekat dan menghukum pemerdanganan manusia terutamanya dalam kalangan wanita dan kanak-kanak.

“Usul ini mendesak pendakwaan, perlindungan dan pencegahan dalam isu memerangi pemerdangangan orang dikuat kuasa serta merta,” katanya dalam sesi perbahasan usul di Muktamatr PAS Tahunan ke 61, di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini hari ini.

Merujuk kepada Laporan Pemerdangangan Orang 2014, (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, Malaysia diturunkan kepada kedudukan ketiga, Senarai Pemerhati (Tier 3, Watch List) atas kegagalan mematuhi standart minimum bagi penghapusan pemerdangangan manusia.

“Rasa kesal ke atas lambatnya Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan menyelamat mangsa hanyut di perairan negara sebagaimana laporan Pemerdangangan Orang 2014 (TIP),” katanya.

EZY