Categories
SELANGOR

Teng: Azmin tidak berkata walau sepatah pun ketika usul dibahas

Oleh Afeeqa Afeera

SHAH ALAM, 29 NOV: Datuk Teng Chang Kim hari ini menegur Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC), Mohamed Azmin Ali yang diam dan tidak membuat bantahan pada sesi perbahasan kenaikan gaji, tempoh hari.

Pada sesi perbahasan, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan itu, berkata tiada pihak bangkit menolak usul itu setelah bacaan kali ketiga dilakukan meskipun diberi peluang oleh Speaker, Hannah Yeoh.

attactserangNG SUEE LIM-AZMIN2 copy“Dia (Azmin) ada dalam Dewan bila kenaikan gaji itu dibacakan dan diluluskan. Dia tidak berkata apa-apa walau sepatah pun…,” katanya.

Pada sesi perbahasan usul kenaikan gaji itu, dua  ADUN iaitu Sekinchan (Ng Suee Lim) dan Kampung Tunku (Lau Weng San) membahaskannya dan menyokong .

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong pula, berkata cadangan kenaikan gaji itu sudah dimaklumkan dalam satu mesyuarat khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) hujung minggu lalu.

“Dalam mesyuarat itu kita diberitahu berkenaan kenaikan gaji,” katanya.

Azmin yang ditemui hari ini, bagaimanapun enggan mengulas isu berkenaan, sebaliknya dilihat cuba mengelak pertanyaan pemberita.

“Terima kasih. ‘Tiada komen,” katanya.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.