Categories
SELANGOR

Peruntukan RM5.5 juta untuk pemuliharaan alam sekitar

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 20 NOV : Kerajaan negeri memperuntukkan RM5.5 juta daripada belanjawan yang dibentang khusus untuk melaksanakan agenda pemuliharaan alam sekitar dan sumber alam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peruntukan itu tidak termasuk peruntukan RM45 juta secara keseluruhan bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor yang turut menjalankan program yang menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar.

khalid songkok dun-2Katanya, jumlah itu termasuk RM21.2 juta bagi pengurusan banjir, RM4.45 juta (pengurusan lembangan), RM2.49 juta (pengurusan saliran mesra alam), RM2.15 juta (pengurusan pantai) dan RM1.4 juta (pengurusan sumber air dan hidrologi).

“Dengan ini, Mahatma Gandhi pernah berkata berkenaan pentingnya alam sekitar sebagai aset paling berharga yang perlu dipelihara setiap masa. Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita.

“Sebaliknya, kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinyaā€¯,” katanya.

Selain itu, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM3.05 juta bagi program kebudayaan, kesenian dan warisan.

Peruntukan itu membabitkan RM 500,000 untuk aktiviti dan acara kebudayaan juga kesenian serta RM2.55 juta bagi Adat Melayu dan Warisan semua kaum di Selangor.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.