Categories
SELANGOR

Denggi meningkat, penduduk perlu jaga kebersihan

OLEH : SIRAJ MOHD ZAINI

PETALING JAYA 23 NOV : Masyarakat disarankan mempertingkatkan
penjagaan kebersihan bagi mengelakkan penularan wabak demam
denggi berpunca dari nyamuk Aedes yang memerlukan usaha
bersepadu semua pihak tanpa mengira latar belakang

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad, berkata
kejadian kes denggi berkait rapat dengan penjagaan kebersihan dan
kesedaran mengenai bahaya wabak denggi serta usaha menanganinya
di kalangan masyarakat.

“Apa yang menyedihkan, peningkatan jumlah kes ini disebabkan sikap
segelintir mereka yang meletakkan amalan kebersihan sebagai perkara
kedua,” kata beliau ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBPJ di
ibu pejabatnya, di sini.

denggi editMelalui fakta yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, dari tempoh
Januari sehingga 18 November 2013, Petaling Jaya mencatatkan 2,067
kes denggi.

Alinah berkata, usaha mengurangkan kes denggi termasuk kawalan
dan pemantauan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling bersama
pihak MBPJ memberi makna dalam usaha menangani wabak ini seperti
mengambil tindakan ‘fogging’, pemeriksaan jentik-jentik dan gotong-
royong.

Katanya, terdapat 60 kawasan wabak iaitu sembilan kawasan wabak
yang tidak terkawal, 16 kawasan ‘hotspot’ dan 35 kawasan terkawal.

“Zon Utara dan zon Selatan terdapat banyak kes denggi dan dengan ini
Majlis memohon semua Ahli Majlis untuk mengadakan gotong-royong
di kawasan masing-masing mengikuti lokaliti wabak,” katanya lagi.

Alinah berkata, MBPJ berharap masyarakat dapat membuat
pemeriksaan sendiri di dalam dan kawasan persekitaran rumah kerana
hasil pemeriksaan mendapati pembiakan nyamuk aedis ini berpunca di
dalam rumah, bukan di luar rumah seperti di longkang.

“Orang awam dinasihatkan untuk meluangkan masa selama 10 minit
seminggu bersama keluarga untuk membersihkan rumah masing-
masing,” katanya lagi.

-EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.