Categories
SELANGOR

MBSA tanggal 70,000 iklan haram sehingga Oktober 2013

oleh :  Asri Sapfie

SHAH ALAM 11 NOV : Sebanyak 70,000 iklan haram berjaya ditanggalkan oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejak awal tahun sehingga Oktober lepas.

Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad, berkata iklan haram itu termasuklah berkaitan pinjaman wang, sewa lori, pusat tuisyen, lelong rumah dan perubatan tradisional.

Kata beliau, iklan haram  adalah isu yang dipandang serius oleh MBSA kerana ia memburukkan pemandangan bandar raya Shah Alam.

“Iklan ini juga mengelirukan pengguna jalan raya yang keliru apabila papan tanda arah jalan ditutup dengan iklan haram,” kata beliau semasa Operasi MBSA bagi menanggalkan iklan-iklan haram di sini.

DSC_0184aOperasi yang membabitkan 300 penguatkuasa MBSA itu dirasmikan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan dan diketuai oleh pegawai penguatkuasa MBSA, Ahmad Chairal Zen.

Operasi bersepadu itu  dijalankan di 14 buah tempat sekitar Shah Alam antaranya di Seksyen 7, 8, 9, 10, 11, 13 dan kawasan sekitar. Difahamkan sekitar Seksyen 7 sahaja lebih dari 1,000 iklan haram yang berjaya ditanggalkan.

“Kita mewajibkan penguatkuasa MBSA menjalankan operasi seperti ini sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu bagi memastikan isu iklan haram ini dapat dibendung.

“Bagi kesalahan penampalan iklan haram ini, pesalah boleh didenda sehingga RM600 di bawah peruntukan Undang-undang Kecil Iklan MBSA 2007,” kata Ahmad Chairal.

– EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.