Categories
NASIONAL

Penggantungan halang Surendran bela diri – Mahfuz

Oleh Norhayati Umor

KUALA LUMPUR 14 NOV: Dewan Rakyat sepatutnya membawa kes melibatkan N Surendran ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, bukannya menggantung Ahli Parlimen Padang Serai itu selama enam bulan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata hukuman yang dijatuhkan itu tidak adil kerana Surendran tidak berpeluang membela diri.

Beliau kesal dengan pengantungan yang tidak demokratik itu kerana kenyataan yang dibuat Surendran itu di luar Dewan Rakyat.

“Sepatutnya Surendran hanya dirujuk sebab kita tidak tahu sama ada betul atau tidak kenyataan itu.

“Saya kesal atas pengendalian tidak demokratik speaker berkaitan usul dan penggantungan itu,” katanya kepada Selangor Kini.

Mahfuz-1Mahfuz berkata media juga boleh dipanggil sebagai rujukan jika perbicaraan dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen itu berlangsung.

“Namun, inilah yang berlaku, tindakan diambil tanpa berpeluang membela diri. Kami dalam PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu,” katanya.

Dalam sidang Dewan Rakyat pagi ini, Surendran digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, selepas usul untuk menggantungnya diputuskan secara undi belah bahagi.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.