Categories
SELANGOR

BN lemah tapi kekal kuasa antara punca kadar jenayah naik

OLEH : AFIX REDZUAN

PUCHONG 17 NOV : Kesilapan memilih kerajaan antara punca peningkatan kadar jenayah yang dihadapi kini sehingga membawa kepada kebimbangan rakyat dalam menempuhi kehidupan seharian.

Pandangan itu dilontarkan oleh Penulis dan Penterjemah fahaman Buddha, Sherob Wong dalam dialog antara agama bertajuk Jenayah: Punca dan Solusi dari perspektif semua agama.

jenayahKatanya, punca jenayah diketegorikan dari aspek luaran dan dalaman yang saling berkait di antara kedua-duanya.

Beliau menafsirkan jenayah sebagai apa-apa yang boleh memberi masalah dan kesusahan kepada orang lain.

“Punca jenayah ada hubung kait dengan pentadbiran kerajaan sekarang. Kita telah pilih kerajaan pusat yang salah. Ini  masalah yang tidak boleh kita abaikan kerana kerajaan tidak efisyen

“Selepas pilihan raya kita tahu.  Pilihan raya lepas merupakan satu jenayah moral (moral crime) yang amat ketara. Kenapa? sebab ada manipulasi.

“Blackout, magik, bangla dan semua isu ini. Ini menentang banyak harapan dan hasrat rakyat.

“Ini boleh dikatakan satu jenayah walaupun secara halus,” katanya.

Selain itu, kekeliruan terhadap budaya dan arah tuju slogan ‘1Malaysia’ yang dilaungkan selama ini gagal dilaksanakan kepada masyarakat juga menjadi punca luaran berlakunya jenayah.

Dialog antara agama dianjur buat pertama kali oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Selangor yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Ia dihadiri hampir 50 orang hadirin bagi mendengar sendiri pandangan wakil empat agama utama di Malaysia berhubung isu jenayah dan solusi.

Berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Taman Puchong Intan, dialog itu turut dihadiri Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail dan Adun Hulu Kelang, Shaari Sungib.

-EZY FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.