Categories
SELANGOR

Gentian optik perkukuh komunikasi rakyat dan pimpinan

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 25 NOV : Selangor berhasrat menzahirkan ‘fiber optic linkages’ atau hubungan gentian optik bagi mewujudkan sistem komunikasi yang berkesan dalam usaha menghubungkan rakyat dengan pemerintah negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata rancangan itu masih dalam kajian menyeluruh dan sedang dalam pertimbangan dengan pihak Telekom Malaysia.

“Kita mempunyai rancangan untuk menggunakan laman sosial seperti Twitter dan Facebook sebagai medium sistem terbabit.

sidang dun 21-11-13 - 5“Jika rancangan ini menjadi kenyataan, mungkin kita akan dapat mengawal pemberitaan, namun ia tidak menepati kod kebebasan bersuara mengikut pandangan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Gan Pei Nei (PKR-Rawang) berhubung rancangan kerajaan negeri menggunakan aplikasi telefon pintar bagi menyalurkan berita dengan lebih berkesan.

Cover Selangorkini Oktober 3-2013Terdahulu, Abdul Khalid (PKR-Pelabuhan Klang) menjawab soalan daripada Lee Kee Hiong (DAP-Kuala Kubu Baharu) berkenaan senarai keanggotaan dan perbelanjaan Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) yang menguruskan akhbar mingguan kerajaan negeri, Selangor Kini.

Beliau menjelaskan, CCSB mempunyai 61 warga kerja dengan perbelanjaan sebanyak RM 840, 000, pada 2009 dan seramai 84 pekerja dengan perbelanjaan mencecah RM 3.4 juta (2010).

CCSB mencatat jumlah 91 warga kerja dengan perbelanjaan RM 3.7 juta (2011), 67 warga kerja dengan perbelanjaan sebanyak RM 3.4 juta (2012) dan 58 warga kerja membabitkan perbelanjaan RM 2.5 juta, sehingga September lalu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.