Categories
SELANGOR

SJK Tamil Selangor capai keputusan terbaik UPSR 2013

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 15 NOV : Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menunjukkan peningkatan ketara pencapaian SekolahJenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, berkata SJKT di Selangor secara keseluruhannya mendapat tempat terbaik berbanding keputusan negeri lain mengikut keputusan itu .

SJKT Simpang Lima, Klang mendapat tempat pertama di peringkat kebangsaan dua pelajarnya mencatat keputusan terbaik di Selangor. Lima buah SJKT yang mencatatkan keputusan terbaik pencapaian 7A adalah SJKT Simpang Lima, Klang (63), SJKT Kajang (28), SJKT Batu Caves (25), SJKT Puchong Batu 14 (24) dan SJKT Rawang, Selangor (22).

xavier-jayakumarXavier berkata, peratusan lulus secara keseluruhan adalah 62.3 iaitu keputusan terbaik setakat ini apabila 398 pelajar mencapai 7A membabitkan peningkatan ketara berbanding 321, pada tahun 2012.

Katanya, Pakatan Rakyat (PR) Selangor membuktikan pemberian dana dan bantuan serta usaha berterusan membabitkan kerjasama empat NGO Tamil iaitu Tamil Foundation, EWRF (Education, Welfare & Research Foundation), CHILD (Child Information, Learning and Development Centre) dan HYO (Hindu Youth Council) serta PIBG (Persatuan Ibubapa dan Guru) adalah faktor perubahan baik itu dapat dicapai.

“Keputusan yang baik ini juga adalah hasil usaha yang gigih daripada guru besar dan guru. Syabas dan terima kasih kerana tanpa usaha anda, keputusan ini mungkin tidak tercapai,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.