Categories
SELANGOR

Abdul Khalid serah beg sekolah kepada 300 pelajar

Oleh : AFIX REDZUAN

BANDAR TUN RAZAK, 15 DIS: Menjelang pembukaan sesi persekolahan tahu 2014, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bandar Tun Razak mengambil kesempatan meraikan keluarga kurang berkemampuan dengan menyerahkan beg sekolah kepada para pelajar.

3 (3)Dalam majlis itu, seramai 300 pelajar menerima beg sekolah yang diserahkan sendiri oleh Ahli Parlimen, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid dalam ucapan ringkas menegaskan pendidikan merupakan agenda penting yang perlu diberikan perhatian dalam usah membentuk sahsiah pembangunan negara dan masyarakat.

Dalam majlis sama, Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor turut diraikan dalam satu majilis ringkas sempena ulang tahun kelahiran beliau ke-66.

8 (1)Kejutan ini dibuat sendiri oleh petugas pusat khidmat dalam pemberian berbentuk kek hari jadi sebagai tanda terima kasih diatas kesungguhan beliau menjaga kebajikan rakyat sejak tahun 2008.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.