Categories
NASIONAL

Biro Pengguna PKR: Kekurangan diesel jejas pendapatan rakyat

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 26 DIS : Kerajaan Pusat gagal menyelesaikan isu kekurangan diesel di stesen minyak seluruh negara yang kerap berlaku khususnya pada hujung bulan.

Ini berikutan sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pernah menyatakan untuk mencari jalan penyelesaian segera berhubung masalah itu, namun sehingga kini ia masih tiada sebarang tindakan konkrit dilakukan.

minyak-habis-dieselPengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri, berkata Kerajaan Pusat perlu bertindak segera untuk mengatasi masalah yang berlaku pada setiap akhir bulan.

Katanya, ketidakprihatinan  Kerajaan Pusat menyebabkan kesukaran pengusaha kenderaan berat atau stesyen minyak hilang pendapatan.

“Banyak kawasan mengalami ketidak cukupan bekalan. Ini menimbulkan banyak rungutan di beberapa kawasan.

“Kalau kita lihat, apabila berlaku kekurangan diesel ini menyebabkan banyak usaha yang menganggu kelancaran dari sudut pengangkutan.

“Ini menyukarkan mereka mencari sumber pendapatan dan menanggung kerugian individu mahupun syarikat ekoran masalah itu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Yahya berharap tindakan yang lebih terancang daripada pihak kerajaan perlu dilakukan bagi memastikan bekalan diesel tidak menjadi masalah berulang.

yahya-shari-01“Kita hairan bagaimana sebenarnya sistem agihan ini dilakukan. Kita mahu ia berjalan lancar dan berharap tiada agenda disebalik isu itu berlaku,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hisham Othman mahu masalah itu berlarutan selama lebih setahun dan perlu diselesaikan segera supaya bekalan tidak terjejas.

Masalah kekurangan bahan bakar itu pada setiap hujung bulan telah merumitkan dan membebankan pengguna.

Kehabisan diesel di stesen-stesen berlaku pada hujung bulan selama tiga hingga lima hari dan biasanya pengusaha akan dipersalahkan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.