Categories
SELANGOR

DUN Subang Jaya rai OKU melalui kempen kecerian

Oleh : Afeeqa Afeera

SUBANG JAYA, 15 DIS : Selaras dengan hasrat menjadikan Selangor sebagai negeri berkebajikan, DUN Subang Jaya tampil meraikan golongan istimewa dan keluarga kurang berkemampuan melalui pelancaran kempen keceriaan yang berlangsung di Sunway Pyramid, semalam.

DUN Subang JayaKempen bertemakan “Love is a verb” itu adalah hasil kerjasama antara Pusat Khidmat DUN Subang Jaya bersama badan bukan kerajaan (NGO), CityCare Social Enterprise.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata kerjasama bersama pihak NGO itu sudah dilaksanakan sejak tahun 2009 lagi bagi membantu meringankan beban insan kurang bernasib baik.

Katanya pelbagai aktiviti dilakukan setiap hujung tahun berdasarkan kehendak dan keperluan keluarga yang terpilih.

“Hari ini sahaja seramai 43 keluarga dari DUN Subang Jaya menerima baucar membeli-belah sempena sambutan Krismas yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Bantuan ini walaupun diberi semasa perayaan Krismas sahaja, tetapi kita beri pada semua tanpa mengira agama mahupun bangsa,” katanya kepada Selangor Kini semasa menghadiri kempen itu, di sini.

LahmakSementara itu, penerima bantuan, Lahmak Ahmad, 52, melahirkan rasa gembira atas sumbangan yang diberikan untuk menampung keperluan keluarganya.

Lahmak yang mempunyai empat orang anak kelainan upaya (OKU) berusia antara 14 hingga 8 tahun itu menganggap bantuan berkenaan adalah sesuatu yang sangat bernilai.

“Saya sangat bersyukur kerana bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban saya sekeluarga. Terima kasih tidak terhingga kepada Adun Subang Jaya dan kerajaan negeri,” katanya.

-EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.