Categories
NASIONAL

Forum ‘Bebaskan Media’ 27 Disember gabungkan portal utama Malaysia

KUALA LUMPUR 24 DIS: Buat pertama kali dalam sejarah, penggerak portal utama di Malaysia bersama-sama menyertai Forum ‘Bebaskan Media’ anjuran Gerakan Media Marah (GERAMM), Jumaat ini.

Panelis ialah Steven Gan dari Malaysia Kini, V Anbalagan (The Malaysia Insider), G Vinod (Free Malaysia Today), Ronasina (Penerbit bebas), Masjaliza Hamzah (Pusat Kewartawanan Bebas atau CIJ) dan Hata Wahari (Reporters Without Borders atau RSF).

Moderator bagi forum yang dijadual berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) jam 8.30 malam pada 27 Disember ini ialah Zulkifli Sulong, bekas Ketua Pengarang Harakah Daily.

geramm logoAntara isu bakal disentuh ialah keganasan pada pengamal media sewaktu Bersih 3.0 pada 2012; masalah permit penerbitan dan kawalan Akta Penerbitan, penggantungan akhbar mingguan The Heat & akhbar pembangkang.

Turut dibincangkan ialah layanan parti politik sama ada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat terhadap pengamal media termasuk wartawan mahupun jurugambar’kamera.

Forum itu diusahakan Gerakan Media Marah (GERAMM) yang ditubuh sekumpulan wartawan dan editor yang lantang memperjuang kebebasan media rentetan isu penggantungan  The Heat baru-baru ini.

poster

Sebarang pertanyaan mengenai forum itu diminta menghubungi sekretariat GERAMM, Radzi Razak (010 231 9337) atau Fazallah Pit (019 3759767).

Nyatakan kehadiran kalian melalui laman ini,  KLIK.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.