Categories
NASIONAL

Jingga 13 turut mahu saman Amar Singh

SHAH ALAM 29 DIS: Sebuah lagi NGO, Jingga 13, turut merancang untuk mengemukakan saman ke atas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Amar Singh Ishar Singh sekiranya beliau enggan menarik balik tuduhan yang mengaitkan pertubuhan itu dengan rancangan menimbulkan kekacauan pada malam 31 Disember.

Jingga13Timbalan Koordinator Jingga 13, Amizudin Ahmat, berkata tuduhan tersebut berniat jahat, berunsur fitnah yang melampau serta tidak masuk akal sama sekali dan bertujuan mengalih isu besar mengenai bantahan kenaikan harga barang.

“Jingga 13 tidak pernah sama sekali mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan kepada mana-mana pihak sama ada melalui apa jua instruments merancang untuk mengadakan kekacauan, apa lagi bersabit penggunaan senjata atau bom bagi tujuan mengguling kerajaan,” katanya dipetik Malaysiakini.

Polis SAMMAmizudin berkata tindakan saman turut akan dikenakan kepada akhbar Utusan Malaysia dan stesen TV3, yang menyiarkan tuduhan tersebut, sekiranya Amar Singh tidak menarik kembali dakwaan terhadap Jingga 13.

“Jingga 13 tegas menyatakan bahawa segala tuduhan jahat yang dikaitkan dengan kami adalah berupa fitnah serta bertujuan memburukkan imej kami serta bertujuan menakut-nakutkan rakyat dengan isu kekacauan, huru hara, senjata dan bom tangan,” kata beliau.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.