Categories
NASIONAL

Kajian UMCEDEL: 61 peratus tidak setuju GST dilaksana

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 24 DIS : Tinjauan terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati 61 peratus responden tidak bersetuju dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April 2015 pada kadar 6 peratus.

GST kaji

Tinjauan yang bertajuk Kajian Politik Enam Bulan Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 itu juga mendapati 79 peratus responden percaya bahawa rasuah dan penyalah gunaan kuasa semakin meningkat di Malaysia.

Sementara itu, 46 peratus daripada responden bersetuju bahawa kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terjejas kerana gagal mendapat majoriti dua per tiga dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Menyentuh mengenai isu semasa pula, kenaikan harga minyak paling mendapat perhatian dengan 42 peratus undian responden, diikuti peningkatan harga barang (34 peratus) dan kenaikan tarif elektrik dan air (24 peratus).

Kajian itu dijalankan ke atas 1,676 responden di Semenanjung Malaysia dalam tempoh antara 6 hingga 8 Disember baru- baru ini.

Kaji selidik itu mengambil kira sampel responden dari pelbagai latar belakang dengan mengikut komposisi bangsa, umur, jantina, kawasan, pekerjaan, pendapatan isi rumah dan status mengundi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.