Categories
NASIONAL

Kerajaan Pusat patut selesai segera kekurangan diesel

SHAH ALAM 24 DIS: Kerajaan Pusat patut menyelesaikan segera isu kekurangan diesel di stesen minyak di seluruh negara yang kerap berlaku khususnya pada hujung bulan.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hisham Othman, berkata masalah itu telah berlarutan selama lebih setahun dan perlu diselesaikan segera supaya bekalan tidak terjejas.

minyak-habis-dieselKatanya ia bagi memastikan bekalan diesel dan penjualannya kepada pengguna berjalan lancar.

“Masalah kekurangan bahan bakar itu pada setiap hujung bulan telah merumitkan dan membebankan pengguna.

“Kehabisan diesel di stesen-stesen berlaku pada hujung bulan selama tiga hingga lima hari dan biasanya pengusaha akan dipersalahkan,” katanya dalam kenyataan media.

Hisham berkata penghantaran diesel ke stesen minyak dibuat oleh syarikat dan ini di luar kawalan pengusaha.

“Bekalan diesel yang mencukupi adalah kritikal terutama dengan pelbagai aktiviti yang berlangsung ketika ini termasuk sambutan perayaan Krismas dan tahun baru 2014,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.