Categories
SELANGOR

Isu azan: Khir Toyo minta maaf pada Teresa Kok

SHAH ALAM 10 DIS : Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamed Khir Toyo meminta maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok atas penyiaran artikelnya di blog lima tahun lalu berkaitan isu azan.

Khir juga bersetuju membayar sejumlah wang yang tidak didedahkan sebagai kos untuk Kok.

Teresa-KokSebagai balasan, Kok bersetuju menarik balik samannya, lapor Malaysia Kini.

Perkara ini dirakamkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Badjenid hari ini.

Khir membacakan kenyataan maafnya di mahkamah terbuka:

“Saya, Mohamad Khir Toyo, defendan pertama dalam saman ini, tanpa memasukkan liabiliti memohon maaf kepada YB Teresa Kok Suh Sian kerana menyebabkan penerbitan di blog saya www.drkhir.com pada 9 Julai 2008 seperti dinyatakan dalam kenyataan tuntutan.”

“Saya menyesal menerbitkannya dan bersetuju membayar kos.”

Kok pada Disember 2008 memfailkan tindakan terhadap Khir dan Utusan Malaysia dalam saman RM30 juta setiap seorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.