Categories
SELANGOR

MB : Pentadbiran telus rahsia belanjawan berimbang

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 3 DIS : Kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) berjaya membentangkan belanjawan berimbang untuk tahun keenam berturut-turut kerana amalan ketelusan dan kebertanggungjawaban yang tinggi.

Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang berakhir semalam meluluskan peruntukan perbelanjaan RM 1.85 bilion dan penggunaan rizab negeri RM430 juta untuk Belanjawan Selangor 2014.

Abdul Khalid Kredibiliti Syed Husin Menjadi Senator 2Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut berterima kasih dengan komitmen tinggi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk daripada pihak pembangkang Barisan Nasional (BN) dalam membahaskan isu tempatan dan nasional.

“Saya juga berbangga kerana Selangor melangkah setapak lagi dalam usaha memartabatkan prinsip demokrasi berperlembagaan dengan mengiktiraf peranan penting pembangkang di negeri ini.

“Pembangkang bukan sahaja bertindak sebagai ‘check and balance’ tetapi ketua pembangkang turut menerima kemudahan yang sama diberikan kepada Exco negeri,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas sesi penggulungan di DNS yang turut dihadiri Speaker, Hannah Yeoh, di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau mengambil pandangan pelbagai pihak terhadap isu kenaikan gaji dan elaun pentadbiran negeri dan wakil rakyat Selangor sebagai sesuatu yang positif kerana setimpal dengan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

“Jika dinilai, gaji dan elaun di Selangor bukan yang tertinggi, sebaliknya Ketua Menteri Sarawak menerima RM 39,000 iaitu tertinggi bagi seorang pemimpin negeri,” katanya.

hannahyeohHannah kemudian menjelaskan DNS meluluskan cadangan Jawatankuasa Pengurusan Dewan untuk memberi elaun kepada ketua pembangkang sebanyak RM 3,000 beserta pemandu, setiausaha kerja dan tuntutan petrol serto tol sehingga RM 2,000 sebulan.

Katanya, sidang DNS kali ini juga menyaksikan kira-kira 84 peratus pertanyaan lisan berjaya dijawab sepanjang persidangan berlangsung.

-NFN-

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.