Categories
SELANGOR

MB: Projek pembangunan di Selangor dilaksana secara teliti

Oleh: Afeeqa Afeera

SHAH ALAM, 18 DIS : Setiap projek pembangunan di Selangor akan dilaksanakan secara teliti dan tertib bagi memastikan ia memenuhi standard dan piawaian yang ditetapkan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tempoh pelaksanaan sesuatu projek sama ada cepat atau lambat adalah perkara biasa yang tidak perlu dibimbangi.

mb - majlis inovasi kerajaan negeri selangor 3Katanya, Kerajaan Negeri tidak mengalami sebarang masalah untuk menyelesaikan projek pembangunan di Selangor apabila kurang 10 daripada 1,500 projek pembinaan dilaporkan mengalami kelewatan setakat ini.

“Kerajaan negeri hanya mengalami masalah besar sewaktu mula mengambil alih urus tadbir negeri pada 2008 apabila pada ketika itu sebanyak 114 projek dilaporkan terbengkalai.

“Kita mesti biarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan tugas dengan tertib kerana kita tidak mahu ia akan memberi kesan negatif kepada pembeli yang kecewa sekiranya mereka tidak mendapat pembinaan yang sebaiknya,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sebelum ini yang menegur ada berlakunya kelewatan projek di Selangor yang perlu diatasi dengan kerjasama semua pihak.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.