Categories
SELANGOR

Sukan Rakyat MBSA perkukuh hubungan masyarakat setempat

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 22 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam usaha merapatkan hubungan antara pihak berkuasa tempatan dengan masyarakat setempat mengadakan sukan rakyat melalui Karnival Komuniti Telematch Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT).

Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad, berkata Karnival Komuniti kali pertama diadakan MBSA itu menarik kehadiran kira-kira 1,000 orang dengan melibatkan 24 MPP di seluruh Shah Alam yang diadakan di padang Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Tele1Katanya, Karnival Komuniti itu melibatkan beberapa acara sukan sepertui galah panjang, batu seremban, lari dalam guni, boling kelapa, sepak raga bulatan dan akvititi kesenian.

Turut diadakan pertandingan mewarna dan melukis, pertandingan memasak, pertandingan futsal berkain pelikat serta program ‘City Tour Ride’ yang memberi peluang kepada orang ramai menaiki bas komuniti secara percuma melawat dan melalui kawasan menarik sekitar Shah Alam.

“MBSA berharap ia dapat mengeratkan hubungan muhibbah di kalangan komuniti setempat dan pihak berkuasa tempatan.

tele“Karnival ini juga bermatlamat untuk memperkenalkan aktiviti sukan rakyat kepada warga Shah Alam khususnya kepada generasi muda yang semakin lupa dengan aktiviti sukan rakyat,” katanya.

Katanya, karnival ini juga menjadi platform untuk memperkasakan lagi perpaduan dan muhibbah di kalangan masyarakat majmuk yang tinggal di Shah Alam.

Majlis perasmian karnival itu disempurnakan oleh Datuk Bandar MBSA, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.