Categories
NASIONAL

Kenaikan tambang pengangkutan awam bebankan rakyat

OLEH : Norhayati Umor

SHAH ALAM 12 DIS : Kenaikan harga pelbagai barangan dan perkhidmatan dilihat sebagai satu wabak dari Barisan Nasional (BN) yang secara berterusan tidak memikirkan bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat.

Semalam Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kenaikan pengangkutan awam sistem aliran transit ringan (LRT) dan monorail dijangka bermula tahun hadapan.

yahya-shari-01Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri menganggap slogan yang dilaungkan oleh BN iaitu rakyat didahulukan tidak menepati dengan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan.

“Kami di Biro Pengguna sangat kesal dan dukacita. Sepatutnya kerajaan melihat derita rakyat, kos hidup sentiasa meningkat.

“BN bila dapat kuasa mereka tidak fikir untuk kurangkan kos, inilah yang dikatakan rakyat sentiasa dikenakan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Yahya berkata perkhidmatan pengangkutan awam LRT, monorail dan komuter digunakan bukan sahaja kepada pekerja yang berpendapatan rendah malah anak muda yang belum mampu membeli kenderaan sendiri.

lrt“Sepatutnya kenaikan itu tidak dilaksanakan supaya dapat mengimbangi kos barangan lain.

“Tetapi rakyat terpaksa menanggung beban daripada urus tadbir kewangan yang tidak terurus oleh BN,” katanya.

Kadar tambang LRT dijadualkan naik berdasarkan peningkatan tarif elektrik 15 peratus bermula Januari 2014.

Sebelum ini juga Kerajaan BN menaikkan harga petrol dan diesel serta kadar tarif elektrik dan desas-desus kenaikan harga tol bakal terus menghimpit kehidupan rakyat yang sudah sedia ada terbeban.

-EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.