Categories
KENYATAAN MEDIA

Orang ramai diseru tandatangani petisyen kebebasan media

ORANG ramai, sekalipun bukan pengamal media tetapi mahukan kebebasan media di negara ini diminta menandatangani petisyen online anjuran Gerakan Media Marah (GERAMM).

GERAMM ditubuh sekumpulan editor dan wartawan pelbagai portal utama tanah air yang mahukan memberi kebebasan media tanpa sebarang sekatan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Untuk menandatangani petisyen, KLIK INI.

Berikutan ialah kandungan tuntutan dalam petisyen berkenaan.

Kami yang bertandatangan menggesa kerajaan untuk mendukung hak-hak kebebasan akhbar seperti dalam tuntutan ini.

Kepada kerajaan Persekutuan:

geramm logo1. Tarik balik penggantungan akhbar mingguan The Heat dan benarkan ia beroperasi seperti biasa;

2. Siasat semula dengan rapi insiden-insiden keganasan anggota-anggota polis terhadap pengamal media sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 pada 2012;

3. Mansuhkan permit penerbitan yang diwajibkan mengikut Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA) yang tidak relevan lagi; malah ia dijadikan alat kawalan terhadap kebebasan pengamal media;

4. Membenarkan semua pengamal media membuat liputan di semua majlis kerajaan dan bangunan-bangunan awam untuk keperluan liputan berita;

5. Memohon maaf kepada pengamal-pengamal media atas tindakan-tindakan pencabulan hak kebebasan media selama ini;

Kepada parti-parti politik, kami menuntut:

6. Memberi akses yang sama rata kepada semua pengamal media, tanpa pilih kasih, untuk hadir untuk liputan berita dalam aktiviti atau sidang media masing-masing

poster

Kepada semua media dan wartawan, kami menggesa:

7. Mengamalkan etika kewartawanan, yang dianggap piawaian dunia, demi memberikan liputan berimbang dan adil kepada semua;

8. Mendukung semangat kebebasan, keadilan dan hak-hak asasi manusia.

Sebarang pertanyaan mengenai petisyen ini boleh menghubungi sekretariat GERAM, Fazallah Pit (019-3759767) atau Radzi Razak (010-2319737).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.