Categories
SELANGOR

Pemuda DAP Selangor hantar bantuan kepada mangsa banjir

PETALING JAYA, 11 DIS: Pemuda DAP Selangor tidak ketinggalan menghantar bantuan barangan keperluan kepada mangsa banjir di Mentakab, Pahang.

Ketua Pemuda DAP Selangor, Chua Yew Choong berkata, mereka memutuskan untuk menghantar bantuan itu memandangkan keadaan banjir kali ini amat serius.

“Malah, kawan kami di sana juga memaklumkan kekurangan barangan keperluan. Jadi, kami putuskan penghantaran ini minggu lalu.

“Selain barangan keperluan, kami juga kumpulkan wang tunai RM400, cek yang akan dijumlahkan nanti,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP Selangor, Petaling Jaya, kelmarin.

dap-sel-2-650x400Memetik Roket Kini, sumbangan makanan dan barangan kering seperti pakaian dan selimut itu dikumpulkan di ibu pejabat DAP Selangor Sabtu dan Ahad lalu sebelum dihantar ke Mentakab menggunakan lori tiga tan.

Turut mengiringi, Bendahari DAP Selangor, Chan Huan Guan; Setiausahan Organisasi DAP, Mohamat Samat dan Penolong Setiausahanya, Firdaus Babh.

Firdaus Babh pula berharap sumbangan itu dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa.

“Pemuda DAP Selangor cuba buat apa yang terdaya untuk membantu. Semoga ini dapat meringankan serba sedikit bebang mereka,” katanya.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.