Categories
SELANGOR

Pengusaha tadika sokong skim TUNAS

Oleh : Hafizan Taib

SHAH ALAM 5 DIS : Pengusaha tadika dan pusat asuhan seluruh Selangor menyambut baik serta menyokong langkah kerajaan negeri menjayakan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang banyak membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah.

Zaharah AwangZaharah AwangPengetua Tadika Ceria Az-Zahrah, Klang, Zaharah Awang, berkata program terbabit wajar diteruskan dan dia yakin akan mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Selangor.

“Program dilaksanakan ini memberi kesan positif kepada keluarga sasaran dan bebanan mereka dapat dikurangkan melalui bantuan diterima.

“Ia memberi peluang kepada ibu bapa menghantar anak mereka ke tadika atau pusat asuhan swasta yang mempunyai kemudahan lebih lengkap untuk mendapat pendidikan lebih sempurna dan selesa,” katanya kepada Selangor Kini di sini, baru-baru ini.

Mohd Ismail(2)Pengurus Pasti Ikhwan, Sungai Delek, Klang, Mohd Ismail, berkata TUNAS memberi lebih peluang kepada ibu bapa kurang berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke pusat asuhan.

Katanya, skim itu adalah usaha murni dan langkah bijak kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat di Selangor.

“Ia pastinya mendapat sokongan terutama ibu bapa yang memerlukan bantuan daripada program ini dan saya menyokong ia diteruskan dengan penambahbaikan yang lebih pada masa depan demi kebaikan semua pihak,” katanya.

Siti Hajar Min(2)Pengetua Taski ABIM Al-Hidayah, As-Sakinah, At-Taufiq dan As-Saadah, Siti Hajar Min, berkata selain membantu kalangan ibu bapa kurang berkemampuan, TUNAS juga mampu mengatasi masalah pengusaha pusat asuhan dalam urusan bayaran yuran bulanan.

“Ada kala, kita hadapi masalah untuk mengutip yuran bulanan terutama pada hujung tahun dan saya dapati TUNAS sedikit sebanyak membantu dalam perkara ini.

“Ia memang membantu golongan ibu bapa dalam urusan menempatkan anak mereka di pusat asuhan. Harapan saya selepas ini mungkin erajaan negeri boleh membuat program untuk kalangan guru di tadika dan pusat asuhan pula,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.