Categories
SELANGOR

Skim Tunas Selangor tumpu tingkat pendidikan tadika seluruh negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 1 OGOS : Kerajaan Negeri giat merancakkan lagi pelan pembangunan pendidikan negeri menerusi Skim Tunas Selangor dengan tumpuan sasaran kepada pendidikan kanak-kanak tadika seluruh negeri.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata insiatif tersebut digerakkan supaya semua peringkat umur kanak-kanak mendapat manfaat pendidikan jangka panjang.

“Kerajaan Selangor memandang serius tentang perkembangan sektor pendidikan di Selangor terutama pendidikan awal kanak-kanak.

“Seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, Kerajaan Negeri berharap setiap anak yang lahir di negeri ini mendapat pendidikan sebaik mungkin terutama pada peringkat awalan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Cek Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS), Fasa 1/2016 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, baru-baru ini.

Bantuan RM2,123,170 diagihkan kepada 360 tadika di sekitar Daerah Klang dan Petaling memanfaatkan 3,943 penerima.

logo-tunas-finalManakala, jumlah keseluruhan penerima bagi seluruh negeri adalah 9,154 penerima, dengan jumlah tadika sebanyak 856 dan jumlah keseluruhan peruntukan berjumlah RM4.88juta.

Nik Nazmi berkata, tahun ini bantuan TUNAS diberi penyelarasan dengan mempertingkatkan kadar pendapatan penerima subsidi RM50 yang layak iaitu kepada keluarga berpendapatan bawah RM3,000.

Inisiatif tersebut dijangka bakal memberi manfaat jangka panjang kepada keluarga berpendapatan sederhana seluruh negeri terutama penduduk kawasan luar bandar.

“Matlamat inilah menjadi iltizam Kerajaan Negeri untuk terus menyediakan bantuan tadika kepada golongan keluarga berpendapatan rendah kerana kami tidak mahu ada anak yang ketinggalan,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Pengusaha tadika sokong skim TUNAS

Oleh : Hafizan Taib

SHAH ALAM 5 DIS : Pengusaha tadika dan pusat asuhan seluruh Selangor menyambut baik serta menyokong langkah kerajaan negeri menjayakan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang banyak membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah.

Zaharah AwangZaharah AwangPengetua Tadika Ceria Az-Zahrah, Klang, Zaharah Awang, berkata program terbabit wajar diteruskan dan dia yakin akan mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Selangor.

“Program dilaksanakan ini memberi kesan positif kepada keluarga sasaran dan bebanan mereka dapat dikurangkan melalui bantuan diterima.

“Ia memberi peluang kepada ibu bapa menghantar anak mereka ke tadika atau pusat asuhan swasta yang mempunyai kemudahan lebih lengkap untuk mendapat pendidikan lebih sempurna dan selesa,” katanya kepada Selangor Kini di sini, baru-baru ini.

Mohd Ismail(2)Pengurus Pasti Ikhwan, Sungai Delek, Klang, Mohd Ismail, berkata TUNAS memberi lebih peluang kepada ibu bapa kurang berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke pusat asuhan.

Katanya, skim itu adalah usaha murni dan langkah bijak kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat di Selangor.

“Ia pastinya mendapat sokongan terutama ibu bapa yang memerlukan bantuan daripada program ini dan saya menyokong ia diteruskan dengan penambahbaikan yang lebih pada masa depan demi kebaikan semua pihak,” katanya.

Siti Hajar Min(2)Pengetua Taski ABIM Al-Hidayah, As-Sakinah, At-Taufiq dan As-Saadah, Siti Hajar Min, berkata selain membantu kalangan ibu bapa kurang berkemampuan, TUNAS juga mampu mengatasi masalah pengusaha pusat asuhan dalam urusan bayaran yuran bulanan.

“Ada kala, kita hadapi masalah untuk mengutip yuran bulanan terutama pada hujung tahun dan saya dapati TUNAS sedikit sebanyak membantu dalam perkara ini.

“Ia memang membantu golongan ibu bapa dalam urusan menempatkan anak mereka di pusat asuhan. Harapan saya selepas ini mungkin erajaan negeri boleh membuat program untuk kalangan guru di tadika dan pusat asuhan pula,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kanak-kanak DUN Selat Klang Terima Bantuan pra-sekolah Tunas

halimah tunas selat klang 01

KLANG 13 APRIL : Seramai 94 orang kanak-kanak tadika daripada kawasan Dun Selat Kelang menerima bantuan Skim Tunas hari ini yang disampaikan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali.

Setiap daripada mereka menerima bantuan RM 50 sebulan bermula awal tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan sehingga April yang diterima setiap mereka ialah RM 200 seorang.

Halimah yang juga Adun Selat Kelang berkata, inisiatif tersebut merupakan antara usaha awal Kerajaan Negeri memupuk budaya ilmu di kalangan halimah tunas selat klang 02rakyat Selangor.

“Ini juga sebagai kaedah kita membantu golongan ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk sama-sama menghantar anak-anak mendapatkan pendidikan awal pra sekolah, supaya tiada yang keciciran, supaya dapat keluar dari kepompong kemiskinan.

“Konsep kita juga dalam konsep menuntut ilmu ini ialah galakan untuk terus ‘develop’ diri dan pembelajaran daripada buaian sampai liang lahad, inilah usaha kita,” jelas Halimah.

Sehingga hujung tahun lalu, Skim Tunas yang mula dilancar pada Julai 2012 berjaya menarik penyertaan seramai 1,903 kanak-kanak daripada 217 buah tadika yang melibatkan peruntukan berjumlah RM 210, 475.

halimah tunas selat klang 03Bagi tahun ini, penyertaan yang direkodkan sehingga hujung Mac lalu adalah seramai 2,420 kanak-kanak daripada 406 buah tadika dengan peruntukan berjumlah RM 430,220.

Terdahulu, Halimah turut menyempurnakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang DUN Selat Kelang yang diadakan di Dewan Telok Gadong pagi tadi.

Seramai 52 pelajar menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan empat orang daripadanya mendapat keputusan 11A.

Categories
NASIONAL SELANGOR

DUN Taman Medan Ambil Inisiatif Turun Padang Perkenal Skim Tunas

Taman Medan 02

PETALING JAYA SELATAN, 6 FEB : DUN Taman Medan mengambil inisiatif turun padang ke Tadika dan Pra Sekolah  dalam memberikan penerangan dan borang Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang merupakan salah satu program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Adun Taman Medan,Haniza Talha berkata, penjelasan itu bagi memastikan maklumat berkenaan skim itu diketahui oleh peringkat akar umbi dan bantuan itu dapat dinikmati oleh golongan sasaran.

Ujarnya lagi, pihak Kemajuan Masyarakat (KEMAS) diseru untuk menerima baik usaha yang bawa Kerajaan Negeri yang memperuntukkan RM3 juta untuk Skim Tunas itu.

“Kita mengambil inisiatif sendiri turun ke tadika-tadika tersebut dan mendapatkan kata persetujuan mereka untuk didaftarkan,” kata Haniza.

Ujar beliau, Skim Tunas turut membantu kepada warga ibu tunggal yang mempunyai anak yang belajar di Tadika.

Sebelum itu, Haniza turun padang ke Pejabat Kemajuan Kemas di sini untuk memberikan penjelasan berkenaan skim itu di mana Kemas mempunyai 24 buah Tadika di sekitar Petaling Jaya Selatan.

Taman Medan 01

Beliau juga turut menyerahkan 125 Borang Skim Tunas kepada Sekolah Kebangsaan Taman Medan dan dan 25 borang Skim Tunas kepada Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya 1 di sini.

“Saya nampak respon sangat positif daripada pihak Kemas dan pihak Pra-Sekolah,” katanya.

Ujarnya usaha akan terus digiatkan untuk memastikan keseluruhan Tadika di DUN Taman Medan dapat didaftarkan.

Skim Tunas adalah bantuan yuran sebanyak RM50, setiap bulan kepada kanak-kanak Tadika yang layak dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada Tadika yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.

Pada peringkat awal, kelayakan bantuan adalah untuk ibu bapa yang berpendapatan RM1,500 ke bawah. Peringkat berikutnya, kelayakan untuk ibu bapa yang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan dipertimbangkan.

Skim Tunas itu diperkenalkan Kerajaan Selangor sejak Julai 2012 lepas.

Skim ini ditadbir oleh:

RANTAIAN MESRA SDN. BHD.
Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan,
No. 3, Jalan Indah,
Seksyen 14,
40000 Shah Alam
Tel: 03-55103468 / 03-55103472
Faks: 03-5510 3455

Laman web untuk Skim TUNAS: http://www.e-tunas.org

Categories
SELANGOR

“TUNAS” Meringankan Beban Ibubapa Hantar Anak Ke Tadika

SHAH ALAM 25 MEI : Seramai 3,000 kanak-kanak dari keluarga miskin akan menjadi perintis di dalam skim bantuan tadika yanag akan dilancarkan Julai 1 nanti.

Melalui ?Skim Tunas? Kerajaan Selangor ini, keluarga tersebut yang berpendapatan kurang daripada RM 1,500, akan menerima bantuan RM50 sebulan bagi menghantar anak mereka ke tadika.

Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr. Halimah Ali berkata skim tersebut akan menggunakan peruntukan RM 1 juta di bawah Geran Selangorku untuk tahun ini.

“Perlaksanaan bantuan ini juga akan dikendalikan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri, Rantai Mesra Sdn. Bhd yang turut akan dipantau oleh Majlis Permuafakatan Tadika Selangor,” tambahnya lagi di dalam satu sidang media di ibu pejabat Kerajaan Selangor di sini semalam.

Beliau berkata Kerajaan Negeri telah menjalankan kajian bagi mendapatkan data yang diperlukan bagi memastikan program tersebut sampai ke sasaran.

“Kita mengupah seorang pengkaji daripada Universiti Malaya bagi mengkaji taburan tadika-tadika di seluruh negeri Selangor termasuk lokasinya, bilangan pelajar, dan keadaan tadika yang ada.

“Sebelum itu juga, kita ada mendapatkan data daripada Jabatan Pelajaran namun hanya beberapa sekolah sahaja yang ada sekolah tadika, begitu juga dengan data Jabatan Perpaduan dan Jabatan Kebajikan yang kesemuanya di bawah kementerian yang berbeza.

“Selain tadika yang disebut tadi, kita juga ada tadika yang dikelolakan oleh badan-badan lain seperti ABIM, PASTI mahupun tahfiz, sebab itulah kita mahu faham kesemua maklumat ini sebelum melaksanakannya,” jelas Dr. Halimah