Categories
SELANGOR

Perkahwinan Perdana, negeri lain patut contohi Selangor

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 1 DIS : Negeri-negeri lain diseru mengikut pendekatan Kerajaan Selangor dalam menggalakkan golongan belia mendirikan rumah tangga dengan kos yang sederhana tetapi meriah.

interview 3Hakeemullah Ismail 23, berkata penganjuran Program Perkahwinan Perdana Belia yang dianjurkan Kerajaan Selangor merupakan inisiatif yang dinantikan.

Katanya ia lebih-lebih lagi dalam keadaan taraf hidup yang semakin menghimpit golongan belia, terutama yang baru bekerja sepertinya.

“Hasil perbualan dengan rakan-rakan belia, ramai yang menantikan program seperti ini kerana inilah peluang untuk mendirikan rumah tangga dengan cara sederhana tetapi tetap sempurna dari segi syariat Islam.

“Program yang baik seperti ini boleh diperkembangkan lagi, bukan setakat di Selangor malah seluruh Malaysia bagi menggalakkan perkahwinan di awal usia untuk golongan muda,” kata Hakeemullah dari Meru,Klang.

Beliau merupakan salah seorang yang menyertai Majlis Perkahwinan Perdana Belia 2013 yang dianjurkan Kerajaan Negeri di Tapak Agro Fest di perkarangan Stadium Shah Alam di sini hari ini.

Beliau dan pasangannya, Nurul Izzari Anuar merupakan antara 45 pasangan daripada 23 DUN yang diraikan dalam majlis yang dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

interviewSementara itu, seorang lagi peserta, S. Kanesan 29, memuji inisiatif Kerajaan Selangor yang sentiasa memikirkan keperluan rakyat terutama golongan belia sepertinya.

“Saya harap negeri lain dapat buka mata dan ikut kebaikan yang dianjurkan Kerajaan Negeri untuk kepentingan rakyat secara keseluruhannya,” kata Kanesan.

Bersetuju dengan pendapat sama, Raymond Hui, 35, dan pasangannya, Jess Heng ,34, turut menyatakan kegembiraan dapat menyertai program yang memasuki tahun kedua penganjurannya.

interview 2“Dalam program seperti ini, kami bukan sahaja dapat berkenalan dengan pasangan dari bangsa lain, malah kami juga berpeluang menikmati pengalaman baru dan ini memang sesuatu yang amat mengujakan kami,” kata Raymond yang tinggal di Petaling Jaya.

Terdahulu, Menteri Besar turut mengumumkan Kerajaan Negeri meluluskan cadangan kenaikan insentif perkahwinan daripada RM 200 seorang pada tahun lepas kepada RM 250 seorang pada tahun ini.

Pasangan pengantin yang ingin memohon perlu memastikan bahawa mereka merupakan anak Selangor atau menetap melebihi sepuluh tahun di Selangor, berumur tidak melebihi 35 tahun, berpendapatan kurang RM 1,500 dan merupakan perkahwinan kali pertama.

-EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.