JURNAL BERITA: RM20 juta bangun kampung baru

1. RM20 juta bangun kampung baru, 414 projek dilulus

2. Anwar: Wakil Rakyat PKR Selangor sumbang RM1,000 sebulan ke tabung pendidikan

3. Selangor sumber utama hasil pertanian negara

4. Selangor kekal prestasi cemerlang dalam kelembapan ekonomi global

5. Amalan pemberian tanah kepada yayasan akan dikaji semula

6. MSNS gilap lebih ramai atlet renang

7. Ubah ‘lorong belakang’ premis jadi kawasan seni dan rekreasi

8. Dr. Asri: Kerajaan jujur, bersih rasuah seperti Selangor layak naik gaji

9. 45 pasangan dirai meriah di Perkahwinan Perdana

Categories
SELANGOR

Perkahwinan Perdana, negeri lain patut contohi Selangor

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 1 DIS : Negeri-negeri lain diseru mengikut pendekatan Kerajaan Selangor dalam menggalakkan golongan belia mendirikan rumah tangga dengan kos yang sederhana tetapi meriah.

interview 3Hakeemullah Ismail 23, berkata penganjuran Program Perkahwinan Perdana Belia yang dianjurkan Kerajaan Selangor merupakan inisiatif yang dinantikan.

Katanya ia lebih-lebih lagi dalam keadaan taraf hidup yang semakin menghimpit golongan belia, terutama yang baru bekerja sepertinya.

“Hasil perbualan dengan rakan-rakan belia, ramai yang menantikan program seperti ini kerana inilah peluang untuk mendirikan rumah tangga dengan cara sederhana tetapi tetap sempurna dari segi syariat Islam.

“Program yang baik seperti ini boleh diperkembangkan lagi, bukan setakat di Selangor malah seluruh Malaysia bagi menggalakkan perkahwinan di awal usia untuk golongan muda,” kata Hakeemullah dari Meru,Klang.

Beliau merupakan salah seorang yang menyertai Majlis Perkahwinan Perdana Belia 2013 yang dianjurkan Kerajaan Negeri di Tapak Agro Fest di perkarangan Stadium Shah Alam di sini hari ini.

Beliau dan pasangannya, Nurul Izzari Anuar merupakan antara 45 pasangan daripada 23 DUN yang diraikan dalam majlis yang dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

interviewSementara itu, seorang lagi peserta, S. Kanesan 29, memuji inisiatif Kerajaan Selangor yang sentiasa memikirkan keperluan rakyat terutama golongan belia sepertinya.

“Saya harap negeri lain dapat buka mata dan ikut kebaikan yang dianjurkan Kerajaan Negeri untuk kepentingan rakyat secara keseluruhannya,” kata Kanesan.

Bersetuju dengan pendapat sama, Raymond Hui, 35, dan pasangannya, Jess Heng ,34, turut menyatakan kegembiraan dapat menyertai program yang memasuki tahun kedua penganjurannya.

interview 2“Dalam program seperti ini, kami bukan sahaja dapat berkenalan dengan pasangan dari bangsa lain, malah kami juga berpeluang menikmati pengalaman baru dan ini memang sesuatu yang amat mengujakan kami,” kata Raymond yang tinggal di Petaling Jaya.

Terdahulu, Menteri Besar turut mengumumkan Kerajaan Negeri meluluskan cadangan kenaikan insentif perkahwinan daripada RM 200 seorang pada tahun lepas kepada RM 250 seorang pada tahun ini.

Pasangan pengantin yang ingin memohon perlu memastikan bahawa mereka merupakan anak Selangor atau menetap melebihi sepuluh tahun di Selangor, berumur tidak melebihi 35 tahun, berpendapatan kurang RM 1,500 dan merupakan perkahwinan kali pertama.

-EZY

 

Categories
SELANGOR

45 pengantin bakal dirai di Majlis Perkahwinan Perdana

OLEH : SIRAJ MOHD ZAINI

SHAH ALAM 22 NOV : Seramai 45 pasangan pengantin bakal diraikan oleh Kerajaan Negeri dalam Majlis Perkahwinan Perdana Belia 2013 yang bertempat di Stadium Melawati Shah Alam pada 30 November ini.

pc agrofest dan pc belia perkahwinan - 2Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata program berkenaan dianjurkan kerana Kerajaan Negeri dalam usaha membantu meringankan beban di kalangan belia dan beliawanis negeri ini yang ingin berkahwin.

Katanya, program berkenaan diilhamkan bagi memberi memberi peluang kepada belia-belia yang kurang berkemampuan untuk mendirikan rumahtangga dan mengadakan majlis kenduri secara perdana dengan mengekalkan budaya dan adat istiadat kemelayuan yang dibenarkan syarak.

“Seramai 40 pasangan Melayu, empat pasangan berbangsa India serta satu pasangan berbangsa Cina daripada 23 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor bakal diraikan dalam majlis ini,” katanya ketika sidang media di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini.

Katanya, program ini adalah kesinambungan daripada program seumpamanya yang sudah berjaya dilaksanakan sejak tahun 2011 di Selangor.

“Program ini juga merupakan salah satu daripada siri Kempen Anti Zina yang pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan,” katanya lagi.

Antara syarat penyertaan program ini adalah belia mesti lahir di Selangor, pendapatan bersih RM1,500 seorang, merupakan perkahwinan kali pertama, serta pasangan mesti berumur di bawah 35 tahun.

Dr Ahmad Yunus berkata, majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Exco negeri.

Selain itu, beliau berkata, seramai lima orang pasangan terpilih akan dinikahkan di program berkenaan.

Dalam majlis ini juga, akan berlangsung Majlis Penyerahan Inisatif Perkahwinan Belia kepada pasangan yang sudah membuat permohonan melalui Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN).

-EZY