Categories
NASIONAL

Populariti Najib Razak menjunam daripada 62 peratus kepada 52 peratus

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 18 DIS: Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di kalangan pengundi menjunam 10 mata daripada 62 peratus kepada 52 peratus dalam bulan Disember berbanding Ogos tahun ini menurut satu tinjauan terkini oleh Pusat Kajian Merdeka Center.

Merdeka Center berkata tinjauan itu dibuat di kalangan 1,005 orang responden terdiri daripada pengundi Melayu, Cina dan India di Semenanjung Malaysia di antara 4 hingga 12 Disember 2013.

kajian“Masa culaan ini dibuat adalah selepas pengurangan subsidi bahan bakar pada September 2013, pembentangan belanjawan negara 2014 sewaktu kerajaan mengumumkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenyataan tambahan berkenaan kenaikan tarif elektrik yang dijangka bermula pada Januari 2014,” kata Merdeka Center dalam kenyataan medianya.

Data berkenaan merekodkan tahap populariti Najib yang paling rendah sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada September 2009.

Populariti beliau direkodkan paling banyak merosot di kalangan pengundi masyarakat India iaitu sebanyak 19 peratus – 76 peratus pada Ogos lalu dan kini menjunam kepada 57 peratus.

kajian1

 

Bagaimanapun, populariti Najib hanya merosot sedikit di kalangan pengundi tanpa capaian Internet – sebanyak lima peratus sahaja berbanding pengundi tanpa capaian Internet dengan kadar kemersosotan lebih dua kali ganda sebanyak 12 peratus.

Kajian yang sama juga mendapati sebahagian besar responden tidak faham bagaimana GST akan memanfaatkan mereka.kajian2

“Culaan ini mendapati 55 peratus daripada pengundi semenanjung Malaysia melaporkan mereka kurang faham bagaimana GST akan berfungsi dan memberi kesan kepada mereka,” kata kenyataan itu.

Di samping itu, 54 peratus daripada responden juga tidak percaya kepada kenyataan pemimpin kerajaan berkenaan situasi ekonomi negara, menurut Merdeka Center.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.