Categories
SELANGOR

Selangor kekal dasar kebajikan, pelihara kepentingan 5.6 juta rakyat majmuk

Oleh : Nurul Farina Nazlan SHAH ALAM 31 DIS: Kerajaan negeri menyediakan pelbagai kemudahan bagi meringankan bebanan rakyat Selangor yang berdepan dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan terutama menjelang 2014.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peluang sama rata diberikan kepada seluruh rakyat yang menetap di Selangor bagi menikmati hasil negeri tanpa mengambil kira asal keturunan atau kedudukan mereka.

Beliau berkata, pihaknya mmeberi jaminan tidak mengamalkan fahaman populis dan sosialis sejak Pakatan Rakyat (PR) menerajui Selangor pada Mac 2008. pic tan sri khalid tokoh reformasi“Program kebajikan dalam dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) adalah berterusan dan diterima baik majoriti rakyat negeri ini.

“Kita mahu meneruskan MES supaya pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan baik dan menyeluruh demi kemaslahatan rakyat dan kemakmuran negeri.

“Saya perlu menegaskan bahawa PR Selangor dengan kuasa negeri yang terhad dalam soal menentukan harga barangan keperluan dan perkhidmatan serta kediaman ini, sentiasa mengamalkan dasar kebajikan secara saksama dalam usaha memelihara kepentingan rakyat majmuk di negeri ini yang berjumlah lebih 5.6 juta orang,” katanya dalam perutusan tahun baru 2014, di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, Selangor meneruskan perbelanjaan berimbang serta pengurusan kewangan berkelas dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM2.28 bilion bagi kemaslahatan rakyat dan negeri dalam Belanjawan Negeri Selangor 2014.

“Saya sebagai Menteri Besar Selangor berusaha bagi memastikan semua wakil rakyat serta penjawat awam dan pimpinan masyarakat di seluruh negeri menggalas tugas juga tanggungjawab mensejahterakan rakyatdengan ikhlas tanpa culas. ”

Antara usaha PR untuk meringankan beban rakyat pada tahun 2014 adalah dengan menyediakan perkhidmatan bas percuma, mengekalkan cukai presis kediaman, menyediakan rumah mampu milik dan menambah peruntukan beberapa program serta skim sedia ada dalam agenda MES.

“Pada masa sama, kita mahu keupayaan rakyat ditingkatkan ukan sekadar menerima pelbagai bantuan kebajikan antaranya melalui pembangunan desa yang dijangka bakal dilaksanakan di semua daerah di negeri Selangor mulai 2014.

“Kita juga menggiatkan penyertaan golongan wanita, belia dan pesara dalam aktiviti keusahawanan serta kreativiti lain yang dapat menjana pendapatan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.