Categories
NASIONAL

Kontroversi Syiah taktik BN alih isu kenaikan harga

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 DIS: Keengganan pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk berhujah cukainaikmengenai masalah rakyat dan hanya melemparkan dakwaan bersifat perkauman selain menggunakan sentimen agama menunjukkan mereka ketandusan idea politik.

Taktik sebegini jelas menunjukkan usaha ‘kitar semula’ bagi mengalihkan isu semasa terutama perkara yang melibatkan kepentingan rakyat yang semakin berdepan kesulitan dengan kenaikan harga pelbagai barangan dan cukai.

tian chua pc pkr 01Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata dakwaan berfahaman Syiah yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disifatkan tidak berasas dan bankrap idea

“Bagi saya itu (dakwaan) adalah menunjukkan mereka hilang modal idea untuk berpolitik.

“Sekejap Komunis, sekejap Syiah. Semua ini tidak berasas dan menunjukkan Umno telah hilang modal politik.

“Mereka sendiri tidak boleh berbahas soal dasar atas isu berkepentingan rakyat maka dimainkan sentimen sebegini,” katanya kepada Selangor Kini.

Dyana Sofya Mohd Daud 2013Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud, berkata tindakan Umno-BN memainkan isu Syiah kebelakangan ini bertujuan untuk mengalihkan perhatian orang ramai terhadap keadaan sebenar rakyat yang tersepit dengan pelbagai kenaikan barangan dan perkhidmatan.

“Negara kita sekali lagi dilalaikan dengan isu Syiah. Ia dibangkitkan semata-mata untuk menutup keadaan sebenar rakyat Malaysia yang tersepit dengan peningkatan kos sara hidup yang melonjak dengan tinggi.

“Contohnya pengurangan subsidi minyak, penghapusan subsisdi gula, kenaikan tarif elektrik, pengenalan cukai GST, kenaikan cukai pintu serta kenaikan tambang LRT dan monorel,” kata Dyana dalam satu kenyataan.

lrtTahun 2014 dijangka akan menjadi ‘tahun gelap’ buat rakyat ekoran pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan selepas berhadapan kenaikan awal seperti petrol serta pemotongan subsidi gula yang diumumkan kerajaan.

Kadar tol serta tambang perkhidmatan pengangkutan awam bakal berdepan kenaikan sekaligus menambah bebanan rakyat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.