Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB : Ziarah mahabbah, MES rancak di DUN Gombak Setia

Oleh : AFEEQA AFEERA

GOMBAK 10 JAN : Program ziarah mahabbah termasuk penyerahan bantuan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) rancak dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia dengan anggaran lebih 200 orang sudah menerima manfaatnya, sejak Jun lalu.

Pegawai Media Pusat Khidmat DUN Gombak Setia, Mohd Ridhuan Che Husin, berkata program kebajikan itu dilaksanakan pada setiap hari Jumaat, yang mana ADUNnya, Hasbullah Ridzwan akan turun padang bertemu penduduk setempat.

Katanya, peserta yang layak menerima agihan bantuan berkenaan adalah berdasarkan senarai nama yang berdaftar di bawah program MES dan cadangan daripada ketua kampung.

578653_577048229046448_1124907428_n“Program ini memang kita adakan setiap minggu bermula daripada awal pagi sehingga tengah hari iaitu ADUN sendiri akan menyerahkan bantuan kepada individu yang layak.

“Bantuan ini tidak terhad kepada peserta MES sahaja, tetapi turut diserahkan kepada pihak yang memerlukan seperti golongan kurang upaya, mangsa kebakaran dan ibu tunggal,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Terdahulu, Hasbullah bersama kakitangan Pusat Khidmat DUN Gombak Setia meyerahkan bantuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) berjumlah RM1000 kepada lebih lima waris peserta yang berdaftar di bawah program itu.

Selain penyerahan MES, beliau turut meluangkan masa menziarahi golongan kurang upaya untuk menyerahkan bantuan peribadi.

OLYMPUS DIGITAL CAMERASMUE adalah salah satu daripada agenda MES (Fasa 1) yang dilaksanakan kerajaan Selangor sejak mula memerintah negeri itu, pada Mac 2008.

SMUE bertujuan meringankan beban waris dalam menyelesaikan urusan berkenaan si mati seperti pembayaran kos pengurusan jenazah dan pengkebumian bagi menyelesaikan hutang si mati atau urusan lain.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.