Categories
NASIONAL

Harga barang : Rafizi tempelak kenyataan Nur Jazlan

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 10 JAN: Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa kerajaan harus mengeluarkan jadual kenaikan harga senarai barangan kawalan supaya tidak ada unsur kejutan, sekali gus memberi peluang rakyat bersedia menghadapi situasi itu ditempelak Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Rafizi yang juga Pengarah Startegi Parti Keadilan Rakyat berkata, Nur Jazlan bukan sahaja harus mempertikaikan tindakan tidak mengeluarkan jadual kenaikan harga barangan itu, bahkan senarai berkenaan yang perlu dikeluarkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Rafizi1-179x300“Datuk Jazlan kata lebih baik untuk rakyat jika kerajaan umum barang yang akan naik atau tidak. Saya setuju dengan kenyataan itu tetapi jika kerajaan Barisan Nasional (BN) telus seperti itu sebelum PRU-13 lalu, maka tidak ada Datuk Jazlan di sini” katanya.

Rafizi berkata demikian ketika menjadi panelis dalam Wacana Sinar Harian siri ke-25 yang membincangkan tajuk Kejutan Ekonomi Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 yang diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, semalam.

Rafizi berkata, perkara yang dicadangkan Nur Jazlan itu sukar untuk dilaksanakan BN kerana sudah menjadi amalan parti itu yang tidak telus kepada rakyat, selain sentiasa cuba merahsiakan keputusan membebankan rakyat hingga saat akhir demi melindungi kepentingan politik mereka.

Nur Jazlan turut menerima sorakan kira-kira 200 penonton yang hadir ekoran kegagalan beliau menjawab soalan berhubung jumlah terkini hutang negara apabila ditanya salah seorang penonton ketika soalan dibuka kepada mereka.

jazlanRafizi sekali lagi menyanggah dakwaan Nur Jazlan kononnya kenaikan harga barang di negara ini disebabkan kebergantungan pengguna terhadap barangan import seperti kenderaan.

Sebaliknya, Rafizi berkata, harga barang di Malaysia meningkat tinggi termasuk kereta import disebabkan dasar cukai yang dijalankan kerajaan.

“Jumlah kereta import di negara ini tidak banyak kerana 80 peratus dipasang di Malaysia seperti Honda dan Mercedes tetapi dikenakan cukai eksais serta cukai jualan yang tinggi,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.