Categories
NASIONAL

Anwar: Inflasi naik 2.4 kali ganda, Kerajaan BN gagal urus ekonomi

Oleh: Nazli Ibrahim

PETALING JAYA 16 JAN: Kuasa beli pengguna terus merosot apabila kadar inflasi naik daripada 1.2 peratus pada Disember 2012 kepada 2.9 peratus pada November 2013 iaitu 2.4 kali ganda dalam masa setahun.

Kadar inflasi juga meningkat setiap bulan sepanjang 2013 dengan lonjakan tertinggi pada September 2013 kesan rentetan kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen seliter dan kenaikan harga barangan lain.

anwar-pc-2013Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata data itu diperolehi daripada data rasmi Bank Negara dan institusi penganalisis ekonomi global, Trading Economics.

“Pada 7 November 2013 menunjukkan Indeks Harga Pengguna (CPI) melonjak kepada 2.6 peratus pada September 2013 berbanding 1.9 peratus bulan sebelumnya,” kata Anwar dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Anwar berkata rakyat perlu menyedari bebanan ini terus bertambah apabila Kerajaan Pusat melaksanakan program pengurangan subsidi dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada masa hadapan.

“Kenaikan kadar inflasi berterusan merugikan negara terutama apabila kadarnya naik lebih tinggi daripada kadar pertambahan pendapatan rakyat .

naik.jpg“Kerugian ini bakal menjadi kenyataan apabila rakyat terpaksa mengubah gaya hidup kepada alternatif lebih murah secara berkekalan,” kata beliau lagi.

Tambah Anwar, keadaan ini mengakibatkan pengucupan pendapatan para peniaga yang mengakibatkan kejatuhan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.