Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Majlis Sambutan Maulidur Rasul “Konsert Gema Selawat”

GOMBAK 16 JAN: Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia dengan kerjasama PAS Kawasan Gombak bakal menganjurkan Konsert Gema Selawat bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1435H tahun ini.

Konsert itu bakal diadakan pada 17 Januari 2014, Hari Jumaat di Tapak Pasar Malam Greenwood, berhadapan dengan Shell Greenwood Gombak.

1549308_582168965201041_531638211_n

Majlis yang bermula dengan Solat Maghrib secara berjemaah di tapak program dan seterusnya di mulai dengan “Talk Show – Anta Tanya, Ana Jawab” bersama Ust. Haslin Baharin atau dikenali dengan, Ust. Haslin Bollywood dan Leman Raja Lawak sebagai moderator.

Talk Show yang akan berlangsung selama 1 jam 30 minit itu berakhir dengan Solat Isyak secara berjemaah sebelum Konsert Gema Selawat bermula. Ustaz Haslin yang popular dengan rancangan beliau di Astro “Anta Tanya, Ana Jawab” bakal menjawab persoalan-persoalan berkaitan isu semasa dan Rasulullah yang dipengerusikan oleh Leman Raja Lawak.

Antara artis-artis yang akan bakal menyerikan program pada malam itu antaranya, Amar yang popular dengan lagunya, “Macam Cantik Jer, Macam Comel Jer”, Nazri Johani, Kumpulan Damai, Kumpulan Revolusi Pemuda Gombak dan persembahan istimewa dari pimpinan PAS Kawasan Gombak.

Ia termasuk YDP PAS Kawasan Gombak, Salehuddin Nasir, Timbalan YDP PAS kawasan Gombak, Hasbullah Ridzwan, Naib YDP PAS Kawasan Gombak, Farhan Suhut, AJK PAS Kawasan Gombak, Mad Cina dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Gombak, Syarhan Humaizi Halim.

Dalam program tersebut, penonton akan diajak berselawat beramai-ramai memuji Baginda Rasulullah SAW. Para penonton juga bakal mendapat cabutan bertuah yang sangat menarik, iaitu barangan gadjet seperti handphone, barangan elektrik, barangan dapur dan pelbagai lagi hadiah-hadiah yang menarik.

Pengarah Program, Damanhuri berharap orang ramai dapat hadir beramai-ramai bersantai sambil bersama seisi keluarga di malam cuti bersempena cuti Thaipusam.

Ini kerana dalam program tersebut bukan hanya menyajikan hiburan semata-mata, tetapi hiburan yang mendidik jiwa dan secara tidak langsung dapat mempromosikan Pusat Khidmat Masyarakat dan PAS kawasan kepada orang ramai.

Dalam program tersebut turut dibuka kaunter pendaftaran ahli PAS, kaunter Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) melibatkan promosi program Kerajaan Negeri Selangor termasuk MES, TAWAS, dan sebagainya.

Semua media dan orang ramai dijemput hadir beramai-ramai. Untuk pertanyaan boleh layari FB ADN Gombak Setia, www.facebook.com/ustazhasbullah atau hubungi Pengarah Program, Sdr. Damanhuri: 019-3096842.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.