Categories
NASIONAL

BBC News minat cerita Kangkung Najib Razak

SHAH ALAM 15 JAN: Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penurunan harga Kangkung di Kemaman bukan sahaja tersebar di laman sosial menjadi bahan sindiran dan gelak ketawa malahan turut menarik perhatian media antarabangsa, BBC News.

BBC NewsBBC News dalam entrinya di News Trending#BBCtrending: Be careful what you say about spinach” menyatakan menyatakan kerajaan pimpinan Najib Razak menerima kritikan daripada rakyat apabila berlaku kenaikan harga mintak dan elektrik dengan memilih memberikan perhatian kepada penurunan harga kangkung.

http://www.bbc.co.uk/news/blogs-trending-25730815

Menurut laporan BBC News, selepas Najib Razak membuat komen berkenaan kangkung itu, pengguna laman sosial seperti Facebook dan twitter menyatakan komen mereka berkenaan isu kangkung itu dan menjadi trending dalam waktu singkat.

Sementara itu, selain komen di laman sosial, terdapat pengguna Internet yang secara nakal menujukan lagu rakyat “Lenggang Kangkung” nyanyian penyanyi terkenal Saloma kepada beliau.

Malah, terdapat juga pengguna yang membariskan beberapa gambar yang disunting dengan memasukkan dialog menyindir Perdana Menteri sebagai memahami kesusahan rakyat ekoran kenaikan kos sara hidup.

Sebelum ini, Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri, berkata Najib Razak perlu mengambil serius isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang kini semakin menghimpit dan bukannya menjadikan kesengsaraan rakyat sebagai satu bahan lawak jenaka.

Kata Yahya, walaupun seringkali tampil dengan alasan dangkal apabila kenaikan harga barang berlaku, BN tidak boleh lari daripada tanggungjawab mereka sebagai kerajaan pemerintah.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.