Categories
SELANGOR

Elak lori treler hempap rumah berulang, 9 keluarga diberi penempatan baru

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 22 JAN : Kerajaan Negeri bersedia untuk memperuntukkan tanah atau menyediakan penempatan baru yang lebih selamat kepada sembilan buah keluarga di Kampung Sri Indah yang kini diancam bahaya berikutan kediaman mereka berhampiran lebuhraya.

Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, berkata keputusan itu dimaklumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid kepadanya dalam satu pertemuan singkat di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), semalam.

Treler terbangKatanya beliau bersyukur apabila masalah rakyat yang sudah menetap lebih 20 tahun di kawasan itu akhirnya akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Semalam saya sudah sampaikan kepada Menteri Besar tentang masalah penempatan sembilan buah keluarga yang telah lama menetap di kawasan ini iaitu sebelum lebuh raya di situ siap dibina.

“Saya bersyukur kerana menteri besar menyatakan persetujuan beliau untuk membantu memindahkan kesemua keluarga ini ke kawasan lain yang lebih selamat,” katanya kepada Selangor Kini.

MB trelar terbangKhairuddin melalui status Facebooknya semalam memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan insiden sebuah lori membawa konkrit Mass Rapid Transit (MRT) “terbang” ke atas salah sebuah kediaman di Dun Paya Jaras sehingga meranapkan rumah terbabit.

Berikutan itu, keluarga mangsa yang terlibat ditempatkan sementara di sebuah rumah surau untuk sehingga penempatan baru siap dibina oleh kerajaan negeri.

Dalam kejadian semalam, seorang maut manakala dua yang lain cedera apabila sebuah treler terbabas lalu merempuh dua kenderaan sebelum terhumban kira-kira 20 meter yang kemudian menghempap sebuah rumah.

terbang trelerKemalangan berlaku kira-kira jam 1:30 tengah hari di kilometer 453.2 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur Hospital Sungai Buloh.

Siasatan awal mendapati, sebuah treler dari arah Rawang dikatakan hilang kawalan setelah tayar hadapannya pecah.

Treler membawa muatan dua unit konkrit landasan MRT seberat lebih 30 tan, kemudian merempuh sebuah kereta di lorong kanan.

Ia kemudian melanggar besi pembahagi lebuh raya dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh pula sebuah motosikal.

Treler kemudian terhumban kira-kira 20 meter dan menghempap ruang tamu sebuah rumah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.