Categories
SELANGOR

MB hadir sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor

Oleh : AFIX RIDZUAN

KUALA LUMPUR, 31 JAN: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meluangkan masa meraikan sambutan Tahun Baru Cina 2014 anjuran Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLCAH), di sini, hari ini.

Beliau yang tiba pada jam 12 tengahari disambut dengan tarian singa yang menjadi tradisi sambutan perayaan berkenaan.

2 webHadir sama meraikan sambutan itu adalah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya hadirin untuk bersalaman dan mengambil gambar kenangan bersama barisan tokoh politik terkemuka tanah air berkenaan.

Majlis ramah mesra itu adalah acara tahunan yang dianjurkan KLCAH setiap kali ketibaan Tahun Baru Cina.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.