Categories
SELANGOR

MB: Rakyat dan pemimpin perlu kerjasama maju negeri

Oleh: Mohd Ezli Mashut

KLANG 26 JAN : Kerajaan Selangor berharap hubungan baik antara rakyat dan pimpinan negeri itu perlu ditingkatkan dari masa ke semasa agar kerjasama baik itu memberikan faedah kepada kemajuan negeri.

DSC_8816Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata rakyat hanya akan memberikan kepercayaan kepada sesebuah kerajaan pemerintah jika kerajaan itu berjaya menunaikan janjinya.

“Dalam Mac ini, Kita akan turun padang untuk menunjukkan kepada rakyat, jambatan ketiga Klang bukan lagi mimpi sekarang, ia akan menjadi realiti.

“Kita ( Kerajaan Pakatan Rakyat) adalah sebuah pasukan pelaksana kepada janji-janji itu, bukan hanya yang memberikan janji-janji sahaja” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian semasa program Sambutan Pesta Ponggal Tamilar Thirunal Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di pekarangan Padang Chetty, Klang.

DSC_8772

Kira-kira 2,000 masyarakat hadir dalam program itu yang turut dihadiri Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Ahli Parlimen Kapar, M Manivanan dan Exco Selangor, V Ganabatirau.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.