Categories
NASIONAL

MTUC: Cola RM300 sebulan bantu pekerja hadapi kenaikan kos sara hidup

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 JAN: Cadangan perlaksanaan elaun sara hidup (Cola) RM300 sebulan kepada golongan pekerja swasta yang dikemukakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mampu dilakukan sekiranya Kerajaan Pusat serius untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.

Timbalan Presidennya, Abdullah Sani, berkata cadangan ini sesuai untuk dilakukan dan semua syarikat diwajibkan untuk melaksanakan perkara berkenaan.

abdullah sani 01Katanya, perkara ini telah dibawa di Parlimen untuk dibincangkan namun Kerajaan Pusat belum bersedia untuk melaksanakannya.

“Seperti mana istilah Cola, kalau kita tengok sejarahnya pada tahun 1974 apabila Allahyarham Tun Abdul Razak mewajibkan Cola, ia membantu pekerja dalam segi menambahkan pendapatan yang tidak tergolong dalam pendapatan pokok.

“Kalau Kabinet nak luluskan di bawah kuasa menteri pun boleh, ada peruntukan dibawah Akta Kerja tetapi jika ingin bersikap lebih ‘gentleman’ supaya dijadikan satu asas undang-undang ia perlu dibawa ke Parlimen,” katanya kepada Selangor Kini.

Sebelum ini, Presiden MTUC, Khalid Atan, berkata adalah penting bagi kerajaan untuk memperkenalkan peraturan tentang Cola itu kepada sektor swasta kerana hampir lima juta pekerja di sektor itu kini memperoleh upah hanya kira-kira RM30 sehari, iaitu setakat melepasi garis kemiskinan RM870 sebulan.

pekerja swastaPada masa ini gaji minimum pekerja di Semenanjung ditetapkan RM900 dan bagi pekerja di Sabah dan Sarawak RM800.

Jelas Ahli Parlimen Kuala Langat itu, cadangan yang dikemukakan MTUC ini merupakan antara langkah alternatif untuk membantu golongan pekerja swasta berpendapatan rendah selain terpaksa menghadapi kenaikan harga barangan secara bertimpa-timpa.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.