Categories
NASIONAL

Nik Aziz: ISA dikembalikan, cadangan orang habis modal untuk bercakap

SHAH ALAM 11 JAN: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata cadangan Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan semula disifatkan sebagai cadangan orang kehabisan modal untuk bercakap.

Nik Aziz berkata, ISA merupakan undang-undang kejam dan tidak bertamadun.

anti-isa“Untuk menyelesaikan konflik, boleh gunakan saluran undang-undang yang ada,” kata Nik Aziz dipetik dari Laman Facebooknya.

Beliau berkata, Islam sendiri mengajar tiga kaedah perlu diambil apabila berlaku pertembungan ; menyeru dan menjelaskan dengan berhikmah, menggunakan peringatan yang baik dan berdebat dengan menggunakan hujah.

“Ini yang disyorkan Islam, jika segala ruang perbincangan telah digunakan, saluran undang-undang menjadi pilihan. Itupun melalui perbicaraan yang adil.

Nik Aziz grafik“Masalahnya, ruang perbincangan tidak dibuka, perdebatan yang matang langsung tidak berlaku bahkan perbicaraan yang adil hanya tinggal mimpi sahaja, alih-alih ISA mahu digunakan.

“Bayangkan sendiri jika anda ataupun anak-anak ditangkap di bawah ISA tanpa diberikan ruang untuk membela diri, apa perasaan pada masa itu?,”kata Nik Aziz.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.