Categories
SELANGOR

Peniaga: Kerajaan Pusat patut kawal kenaikan harga ayam

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 13 JAN : Kerajaan Pusat digesa mengawal kenaikan mendadak harga ayam oleh penternak yang disifatkan membebankan golongan peniaga seterusnya pengguna.

Tinjauan Selangor Kini di pasar Seksyen 6, di sini mendapati harga ayam dijual RM8 sekilogram (kg) berbanding minggu lalu iaitu antara RM7.70 kg.

AyamRata-rata peniaga menjangkakan harga ayam akan naik mendadak dalam tempoh terdekat dan musim perayaan Tahun Baru Cina bulan depan.

Peniaga ayam, Shahrul Nizam Ismail,38, berkata kenaikan harga dari penternak menyebabkan beliau hanya mendapat keuntungan yang sedikit ekoran permintaan yang berkurangan dari pelanggan.

Katanya, beliau juga terpaksa meletakkan harga yang rendah walaupun membeli dengan harga yang tinggi dari pembekal kerana tidak mahu terus menanggung kerugian jika pelanggan tidak membeli.

AYAM - SHARUL NIZAM ISMAIL 38“Kerajaan Pusat sepatutnya bertindak mengawal harga dari penternak dan pembekal kerana mereka seolah-oleh menaikkan harga sesuka hati.

“Pembekal menjual harga antara RM7.70 hingga RM7.90 kg. Jadi kami peniaga terpaksa menaikkan harga kepada RM8 kg dan memperolehi keuntungan antara RM0.30 hingga RM1 bagi sekilogram,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata Kerajaan Pusat perlu mencari mekanisme membantu peniaga yang juga terbeban dengan kenaikan harga ketika ini.

“Kerajaan Pusat tidak boleh menyalahkan peniaga seratus peratus dalam hal ini dan membandingkan harga kami dengan pasaraya. Kami peniaga menjual ayam segar dari ladang. Jika penternak menaikkan harga secara diam-diam dan pembekal akan juga menaikkan harga.

“Jadi kami peniaga terpaksa menaikkan harga. Itu menyebabkan kami sukar untuk menerangkan kepada pelanggan kami,” katanya.

AYAM - ADI NASIR 27Peniaga lain, Adi Nasir, 27, berkata harga ayam mengalami kenaikan harga setiap tiga hari.

“Kita tidak tahu apa puncanya, dalam tempoh seminggu ini, harga ayam sudah naik sebanyak RM1.60 sekilogram.

“Jadi kami sangat berharap semua pihak juga memahami peniaga seperti kami. Jika di luar kawasan Shah Alam, kami dapati harga ayam dijual RM8.30 hingga RM8.50 kg manakala ayam kampung dijual sehingga RM16 sekilogram,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.